Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BIG STAGE ALPHA

#BigStageAlpha: Pernah Kena ‘Palau’ Dengan Kawan, Ariel Fesol Pilih Tukar Kerjaya - “Orang Tak Suka Sebab Kita Tak Ada Duit”

Ainun Md Zooki 09/05/2025 | 01:55 MYT
Bintang Big Stage Allpha (BSA), Ariel Fesol berkongsi pernah hampir berputus asa dalam dunia seni serta pernah dipinggirkan oleh rakan-rakannya.

Menurut Ariel atau Muhmamad Fhazrill Fesol, dia memilih untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan melakukan pelbagai kerja demi kelangsungan hidup.

“Saya pernah mengharapkan untuk kekal dalam dunia hiburan sehingga dipalau oleh kawan-kawan kerana orang tak suka kita sebab tiada duit. Sampai satu tahap saya dah cuba tapi tak boleh juga.

“Alhamdulillah saya sedar perkara itu awal. Jadi saya taknak perkara itu berlarutan sehingga saya dikejutkan dengan mendapat tawaran untuk menjadi seorang pramugara.

“Saya tidak pernah bermimpi pun dan saya tidak pernah naik kapal terbang pun sebenarnya. Terus rezeki saya ada pada masa itu. Saya sangat gembira,” katanya kepada Gempak.

Menganggap tahun 2025 merupakan rezeki untuk kembali ke bidang nyanyian, bintang BSA yang berusia 27 tahun itu turut meluahkan rasa bersyukur melalui pilihan lagu yang bakal dinyanyikan olehnya di pentas Big Stage Alpha.

Tambahnya lagi, setiap lagu yang dibawa mempunyai mesej tersendiri, antaranya untuk menyebarkan nilai positif dan memberi inspirasi kepada orang ramai agar tidak mudah berputus asa.

“Pada tahun 2025 allah bagi saya peluang untuk saya kembali mengejar impian untuk menjadi seorang penyanyi. Sebab itulah di BSA saya susun lagu saya untuk bercerita tentang saya bersyukur dengan rezeki yang saya dapat.

“Kalau tengok persembahan di minggu pertama, saya buka gelanggang pertama dengan lagu Berlari dari Tomok dan di minggu kedua saya nyanyi lagu Rahsia Tuhan. Saya nak sebarkan positif untuk orang semua.

“Saya memang nak terapkan menyanyi ini bukan hanya menyanyi not yang tinggi atau rendah tapi saya hanya nak menyanyi dengan seikhlas hati,” kongsinya.

Bagaimanapun, Ariel meninggalkan pesan kepada orang ramai untuk terus bermimpi untuk mencapai cita-cita mereka kerana baginya beranggan, doa dan usaha itu mampu boleh menjadi kenyataan.

“Janganlah berhenti untuk bermimpi. Mimpi dan beranggan itu percuma tapi kalau ada usaha besertakan doa, Insyallah benda itu tidak akan mustahil selagi kita tidak mati,” katanya.

Sekadar info, Ariel Fesol berjaya merampas kedudukan tempat kedua di minggu kedua dari Rizal Rasid dengan markah keseluruhan, 72.25 peratus.

Untuk minggu kedua, 12 peserta BSA diadili oleh juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan Hael Husaini serta juri jemputan, Akim Ahmad dan Ajai

Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu

Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.

Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.

Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.

Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.

Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.

#Kerja #Kawan #Big Stage Alpha #Ariel Fesol #Pinggir