BIG STAGE ALPHA
#BigStageAlpha: Persaingan Akan Lebih Sengit, Firdaus Rahmat Titip Pesanan Buat Peserta - “Ego Dengan Ego Dia Tak…”
Penyanyi dan komposer, Firdaus Rahmat menyifatkan konsep Big Stage Alpha (BSA) sebagai sesuatu yang unik dan jauh berbeza daripada jangkaannya.
Menurut Firdaus yang juga merupakan alumni Big Stage musim kelima saingan kali ini dijangka lebih sengit memandangkan semua peserta adalah lelaki dan tiada penyanyi wanita seperti musim-musim terdahulu.
"Konsep Big Stage tahun ini sangat berlainan dengan apa yang saya fikirkan. Saya rasa konsep ini akan memberikan pesaingan yang lebih sengit kerana semua lelaki... kali ini tiada orang seperti Nadeera atau lebih mudah vocalist wanita.
"Jadi mereka perlu jadi lain daripada yang lain dan juga versatile, sebab lawan dengan lelaki ini susah" katanya.
Dalam pada itu, Firdaus turut berkongsi pandangan berhubung cabaran bekerja dalam satu kumpulan muzik.
Pelantun lagu Destinasi itu mengakui bahawa salah faham antara ahli kumpulan adalah perkara biasa namun perlu ditangani dengan kematangan.
Tambahnya, elemen persefahaman dan kerjasama merupakan kunci utama untuk memastikan kelangsungan sesebuah kumpulan meskipun wujud perbezaan pendapat antara ahli.
"Ada salah faham itu adalah asam garam dalam kumpulan, sebab sorang ini ada kepala dia, A mungkin okay dengan B tapi tak okay dengan C. Jadi punya salah faham dalam kumpulan itu adalah satu perkara yang sangat biasa.
"Pada saya persefahaman itu sangat penting meskipun kita tak setuju dengan sesuatu keputusan kita tetap kena beri kerjasama dan turunkan ego.
"Nak hidup dalam satu kumpulan perlu pengang dua ni kerjasama dan persefahaman, kalau ego dengan ego dia tak boleh gerak," tambahnya.
Must-Watch Video