gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Insurans Batal Saat Akhir, Pesakit Kanser Gagal Jalani Pemindahan Paru-Paru
HIBURAN
Cheryl Cole Dilantik Urus Harta Liam Payne Bernilai RM151 Juta
HIBURAN
Fauziah Latiff Selektif Dalam Pemilihan Lagu - “Saya Sudah lama Tidak Rakam Single, Tapi…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BIG STAGE ALPHA

#BigStageAlpha: Punya Potensi Besar! Syafinaz Selamat Beri Peluang Kedua Buat Ariel Fesol - “Saya Rasa Ajai Beritahu Itu Adalah…”

gempak
Ainun Md Zooki
12/05/2025
02:55 MYT
Sponsor Banner
#BigStageAlpha: Punya Potensi Besar! Syafinaz Selamat Beri Peluang Kedua Buat Ariel Fesol - “Saya Rasa Ajai Beritahu Itu Adalah…”
Ketua Juri Big Stage Alpha (BSA), Datuk Syafinaz Selamat akui mempunyai sebab mengapa dia memilih untuk memberi peluang kedua kepada Ariel Fesol di dalam pertandingan tersebut.
Menurut Syafinaz, keputusan itu dibuat kerana dia melihat penyanyi muda itu mempunyai potensi yang besar dalam program berkenaan.
“Saya rasa lebih baik kita berikan dia peluang sebab Ariel ada potensi untuk mungkin menjadi salah seorang ahli kumpulan tetapi tidak bermaksud dia akan menjadi ahli kumpulan itu sebab kalau lepas ni dia buat salah lagi dia akan keluar.

“Saya adalah ketua juri jadi saya meminta jasa baik sebagai seorang ketua juri untuk tidak menyingkirkan Ariel dan saya rasa produksi mendengar rayuan itu.

“Saya rasa Ajai tadi beritahu saya itu adalah pilihan yang baik untuk mengekalkan Ariel,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Syafinaz atau lebih mesra dengan panggilan Tok Naz akui Ariel mempunyai keistimewaan yang tersendiri sebagai seorang penyanyi terutama dari segi vokal dan karisma di atas pentas namun tidak ketika bersama dalam kumpulan.
“Ariel ada tarikan yang tersendiri. Nombor satu kita bercakap tentang vokal dia. Tak menafikan dia memang vokal yang baik. Yang kedua adalah tarikan dia bila berada di atas pentas. Yang ketiga, bila dia berada di dalam kumpulan, disitu kita nampak sedikit kekurangan dia.

“Dia masih perlu menyesuaikan dan seperti yang saya katakan tidak mudah untuk menyesuaikan diri sebelum kita kenal ahli kumpulan yang lain. Ia memerlukan masa.

“Saya mengharapkan seminggu extra yang diberikan kepada Ariel dia dapat menonjolkan diri dia yang sebenar untuk memberikan kerjasama ahli kumpulan yang lain supaya kumpulan Alpha Prime dapat menyinar dengan lebih baik,” tegasnya.
Untuk minggu ketiga, 10 peserta BSA yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan Hael Husaini serta juri jemputan, Jaclyn Victor dan Ajai.
Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu serta dipancarkan secara terus menerusi saluran Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.
Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
#Kedua
#Peluang
#Besar
#Potensi
#Ariel Fesol
#Datuk Sayfinaz Selamat
Must-Watch Video