BIG STAGE ALPHA

#BigStageAlpha: Que Kecewa Tidak Dapat Penuhi Impian Ibu Bapa Jadi Seorang Penyanyi - “Saya Rasa Saya Kecewakan Mereka”

Ainun Md Zooki 20/05/2025 | 05:55 MYT
Bintang Big Stage Alpha (BSA), Que meluahkan rasa kecewa selepas namanya diumumkan sebagai peserta tersingkir pada minggu keempat.

Menurut Que, antara punca utama dia kecewa adalah apabila melihat wajah ibu bapanya yang pada awalnya hadir memberi sokongan bertukar sedih selepas keputusan diumumkan tidak memihak kepadanya.

“Saya sangat sangat kecewa sebab ibu bapa saya hadir pada minggu ini.

“Bila saya nampak nama saya dibelakang, saya terus pandang bawah sebab saya tahu ibu bapa saya mungkin tak rasa yang saya ini mengecewakan mereka tapi saya sendiri yang rasa saya mengecewakan mereka sebab ibu bapa saya memang nak masa depan saya cerah dalam dunia nyanyian,” katanya kepada Gempak.

Tambahnya lagi, dia percaya sepatutnya dirinya patut diberikan peluang sekali lagi memandangkan impiannya terhenti terlalu awal dalam pertandingan.

“Tapi, impian itu tidak tercapai dan terhenti di waktu yang salah. Sepatutnya, saya patut diberikan peluang sekali lagi. Mungkin sampai semifinal kalau taknak ambil saya jadi ahli kumpulan. Mindset saya, saya memang nak tolong ahli kumpulan saya yang lain,” jelasnya.

Ketika ditanya sama ada dia akan terus menyertai pertandingan nyanyian selepas ini, Que berkata dia memilih untuk berehat buat sementara waktu dan memberi ruang kepada diri untuk memulihkan semangat sebelum memulakan karier nyanyiannya semula.

“Bagi saya, buat masa sekarang ini saya rasa pertandingan nyanyian ini bukan untuk saya. Saya nak berehat seketika. Saya nak tenangkan diri sampai saya boleh lupa apa yang terjadi minggu ini.

“Mungkin saya lebih sesuatu untuk terus keluarkan lagu dan terus keluarkan idea idea untuk muzik projek sebab bila saya keluar dengan rancangan realiti ni terlalu banyak yang mereka perlu tapis dari segi personaliti nyanyian,” kongsinya.

Bagaimanapun, Que tetap yakin dia telah memberikan persembahan terbaik pada minggu keempat BSA dan berharap penyingkirannya kali ini adalah satu penyingkiran yang bermaruah.

“Saya memang tanam mindset nak buat yang terbaik bila menyanyi secara live. Tak nak buat silap. Tapi bila saya tersingkir, biarlah saya keluar dengan bermaruah,” kongsinya.

Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu.

Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.

Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.

Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.

Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.

Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.myatau WhatsApp ke 03-9543 3838.

#Ayah #Ibu #Kecewa #Impian #Que #Big Stage Alpha