Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BIG STAGE ALPHA

#BigStageAlpha: Rasa ‘Ditikam Belakang’, Allan Andresn Terkilan Dengan Kenyataan Ridhwan Azman - “Saya Sangat Terkesan Sebab…”

Ainun Md Zooki 29/04/2025 | 08:25 MYT

Bintang Big Stage Alpha, Allan Andresn mengakui dia terasa seperti ‘ditikam belakang’ apabila rakan seperjuangannya iaitu Ridhwan Azman mengeluarkan kenyataan seakan-akan ingin menjatuhkan kariernya.

Jelas Allan atau nama sebenarnya Joan Allan Anderson, 33, dia terkilan dan terkesan dengan tindakan Ridhwan yang sudah dianggap seperti rakan baik.
“Saya rasa seperti kena tikam dari belakang sebab saya memang rapat dengan dia. Saya, Que, dan dia sentiasa bersama-sama dalam Big Stage Alpha ini.

“Saya sangat terkesan. Kalau orang luar yang saya tidak kenal, mungkin saya tak kisah, tapi sebab saya rapat dengan dia, ia sangat menyakitkan,” katanya kepada Gempak.

Tambahnya lagi, dia datang ke Malaysia dengan niat yang baik untuk mencari rezeki dan membina kerjaya melalui pertandingan tersebut. Namun, dia tidak menyangka perkara itu berlaku kepadanya.

“Saya datang ke Malaysia untuk mencari rezeki dalam pertandingan ini. Kita tak tahu macam mana cara fikir netizen di Malaysia.

“Mungkin marketing seperti ini berkesan di Malaysia, tapi di negara lain, ia dianggap jahat dan boleh menjejaskan reputasi seseorang," jelasnya.
Sebagai seorang penulis lagu, Allan mengakui dia bimbang insiden itu memberi kesan terhadap peluang kerjasama bersama artis lain.
“Cuba bayangkan, saya adalah seorang penulis lagu. Bila perkara ini berlaku, mungkin beberapa artis akan takut untuk bekerjasama dengan saya selepas ini,” ujarnya.
Terdahulu, bintang BSA yang tersingkir iaitu Ridhwan Azman meluahkan dia tidak berpuas hati terhadap Allan Andresn berikutan pemilihan lagu yang dianggap tidak adil untuk persembahan berkumpulan mereka pada minggu pertama.
Malah Ridhwan turut mendakwa tindakan Allan itu seperti mementingkan diri.

Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu

Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.

Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.

Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.

Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.

Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Sukar Untuk Bekerjasama, Ridhwan Azman Dakwa Allan Andersn ‘Selfish’ - “Dia Pilih Lagu Untuk Nampak Diri Seorang Saja Terbaik”

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Syafeek Ikhwan Reda Tersingkir Awal - “Mungkin Saya Tak Ditakdirkan Terkenal"

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Apich Lo, Syafeek Ikhwan, Alif Azri Antara 6 Peserta Gagal Mara Ke The Big 12

#Kawan #Baik #Belakang #Tikam #Terkilan #Big Stage Alpha #Ridhwan Azman #Allan Andresn