BIG STAGE ALPHA
#BigStageAlpha: Rina Nose Is Back! Tok Naz Naik Pentas, Ariel Fesol Menangis? Ini Momen Menarik Minggu Ketiga
Konsert Big Stage Alpha (BSA) minggu ketiga menyaksikan pelbagai momen menarik yang berjaya mencuri tumpuan ramai.
Dengan tema Revibe, setiap bintang perlu menyanyikan semula lagu-lagu era dahulu dengan nafas baharu.
Jom kita recap kembali antara momen menarik yang berlaku di konsert ketiga Big Stage Alpha.
- Pengacara, Rina Nose kembali beraksi di pentas BSA selepas tidak sihat pada minggu lepas.
- Kehadiran juri jemputan BSA, Jaclyn Victor mengamitkan suasana semasa menyanyikan lagu Gemilang bersama Hael Husaini secara spontan.
- Ketua Juri, Datuk Syafinaz Selamat naik pentas untuk bantu kumpulan Alpha Ultra yang dianggotai oleh Daniel Sher, Araff, Allan Andersn, Que Ray-D dan Awient untuk mencari nada yang sama dalam nyanyian mereka.
- Sementara itu, telatah Elly Mazlein dan Ajai berbalas pantun juga membuat penonton di Royal Theater Shah Alam tertawa.
- Ray-D juga berkongsi dia telah mengalami kecederaan sebelum konsert minggu ketiga bermula.
- Ariel Fesol mengalirkan air mata selepas Syafinaz Selamat meminta produksi untuk memberikannya peluang kedua kerana melihat peningkatan dalam setiap peserta.
10 bintang yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan Hael Husaini serta juri jemputan, Jaclyn Victor dan Ajai.
Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Must-Watch Video