gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Polis Kelantan Buru Empat Lelaki Culik Pemilik Kedai Emas
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Allan Andersn, Awient & Afiq Sky Tarik Nafas Lega, Tiada Penyingkiran Di Minggu Kelima
BERITA
Hari Raya Aidiladha Dijangka Jatuh Pada 6 Jun
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BIG STAGE ALPHA

#BigStageAlpha: Rizal Rashid Dedah Pernah Pegang Gelaran Pemain Gulintangan Terbaik Di Brunei - “Ramai Yang Tak Tahu”

gempak
Ainun Md Zooki
25/05/2025
14:55 MYT
Sponsor Banner
#BigStageAlpha: Rizal Rashid Dedah Pernah Pegang Gelaran Pemain Gulintangan Terbaik Di Brunei - “Ramai Yang Tak Tahu”
Bintang Big Stage Alpha (BSA), Rizal Rashid mengakui dia sudah lama bergiat aktif dalam bidang muzik tradisional iaitu Gulintangan yang merupakan alat muzik tradisonal dari Brunei.
Menurut Rizal, dia mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bermain alat muzik tradisional tersebut serta memegang gelaran pemain Gulintangan terbaik di Brunei.

“Sejujurnya ramai yang tidak tahu yang sebenarnya saya dah bermain Gulintangan ini dari tingkatan satu lagi dan saya juga menyertai pertandingan bermain alat muzik tradisional di Brunei juga selama empat tahun dan tiga tahun saya pegang gelaran pemain Gulintangan di Brunei,” katanya kepada Gempak.

Tambahnya lagi, dia juga mengakui ramai orang disekelilingnya tidak mengetahui bahawa dia adalah seorang pemain Gulintangan terbaik di Brunei.
Bagaimanapun, Rizal meluahkan rasa bersyukur kerana dapat menunjukkan bakatnya itu di pentas BSA kali ini dan
“Itulah ramai yang tidak tahu. Jadi, bila diberikan peluang untuk tunjukkan bakat saya disini, saya berasa amat lega dan rasa bersyukur dapat membawa elemen Brunei di dalam persembahan saya.
“Memang itu adalah impian saya dari dulu lagi. Saya pernah terdetik nak bawa alat muzik Gulintangan ini ke pentas yang besar dan nak tunjuk alat muzik tradisional ini dapat disediakan dalam persembahan kita sekarang ini,” kongsinya.
Saksikan video temu bual eksklusif penuh di Gempak.com
Topic Berkaitan
#Brunei
#Bangga
#Elemen
#Gulintangan
#Rizal Rashid
Must-Watch Video