gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
GAYA HIDUP
Netizen Persoal Sistem Pendidikan Negara, Dr. Malar Tampil Bersuara - “Lepas 4 Tahun, TikToker Tu Nak Dapat…”
VIRAL
Pempengaruh Maut ‘Mukbang’ Pelitup Muka, Pemerah Pipi & Lipstik
HIBURAN
'Top 10 Wanita Tercantik Malaysia’ Buka Jalan Cinta Jefri Nichol & Ameera Khan - "Saya Stalk Instagram Dia..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BIG STAGE ALPHA

#BigStageAlpha: “Sepatutnya Saya Masuk Masa Season Nadeera” - Rizal Rashid

gempak
Asyraf Roslan
02/06/2025
23:55 MYT
Sponsor Banner
#BigStageAlpha: “Sepatutnya Saya Masuk Masa Season Nadeera” - Rizal Rashid

Bintang Big Stage Alpha (BSA), Rizal Rashid meluahkan rasa syukur apabila dapat merealisasikan impiannya untuk menyertai program realiti itu selepas dua tahun tertangguh.

Menurut Rizal, dia sebenarnya telah dipilih untuk menyertai program tersebut pada tahun 2023 namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dia terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri pada saat akhir.
“Sepatutnya saya masuk masa season Nadeera, saya dah shoot VT apa semua tapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan saya terpaksa mengundurkan diri.
“Tapi tahun ini Alhamdulillah saya berjaya masuk untuk Big Stage Alpha. Bagi saya apa yang terjadi sebenarnya ada hikmah, mungkin pada masa itu saya tidak bersedia lagi untuk bertanding dengan barisan perserta yang sangat hebat macam Nadeera, Putera Muhammad, Waode dan ramai lagi,” katanya.
Dalam pada itu, Rizal akui kecewa dengan keputusan itu, lebih-lebih lagi menyertai Big Stage merupakan salah satu impiannya sejak dahulu lagi.
Bagaimanapun, penyanyi kelahiran Brunei itu tetap terus mencuba bagi menyusuli langkah penyanyi-penyanyi terdahulu yang telah menyertai program tersebut seperti Aziz Harun dan Syafiq Abdilah.
“Saya agak kecewa, sebab memang menjadi impian saya untuk masuk Big Stage ini. Dulu pun kita ada wakil Brunei Aziz Harun dan Syafiq Abdilah, jadi saya pun memang nak sangat mewakili negara saya.
“Bila dah terima tawaran untuk masuk dua tahun lepas saya sangat gembira sebenarnya tapi bila dapat tahu saya kena undurkan diri pada saat-saat terakhir saya sangat kecewa dan sedih.
Dan insiden itu merupakan satu titik terendah dalam kehidupan saya, tapi saya tetap bersyukur kerana saya berjaya bangkit sehingga sampai ke tahap ini,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Nadeera Zaini
#Big Stage Alpha
#Rizal Rashid
Must-Watch Video