Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BIG STAGE ALPHA

#BigStageAlpha: Sukar Untuk Bekerjasama, Ridhwan Azman Dakwa Allan Andersn ‘Selfish’ - “Dia Pilih Lagu Untuk Nampak Diri Seorang Saja Terbaik”

Ainun Md Zooki 28/04/2025 | 08:41 MYT

Peserta Big Stage Alpha (BSA), Ridhwan Azman meluahkan rasa tidak puas hati terhadap rakan sekumpulannya, Allan Andresn berikutan pemilihan lagu yang dianggap tidak adil untuk persembahan berkumpulan mereka pada minggu pertama.

Jelas Ridhwan, 32, dia berasakan agak sukar untuk bekerjasama dengan Allan kerana penyanyi tersebut dianggap lebih mementingkan dirinya sendiri berbanding ahli kumpulannya yang lain.

"Bagi saya, pada awalnya sangat susah nak bekerja dengan Allan Andresn. Mungkin pada dia, dia rasa dia sudah terlalu mahir dalam bidang nyanyian. Tapi, bagi saya, dia patut tengok juga ahli kumpulan yang lain, tengok siapa yang lemah.

"Janganlah pilih lagu yang hanya sesuai dengan diri dia sahaja. Mungkin orang lain tidak sesuai dengan lagu yang dia pilih," katanya kepada Gempak.

Ridhwan Azman berkata demikian ketika ditemui di sidang media Big Stage Alpha yang diadakan di Royal Theatre Shah Alam, Selangor pada malam Ahad.

Tambahnya lagi, penyanyi itu mendakwa lagu yang dipilih oleh Allan hanyalah untuk menyerlahkan dirinya sahaja dan boleh menenggelamkan ahli yang lain seperti Shaqeen.

"Macam lagu semalam, dia pilih lagu untuk nampak dia seorang saja yang terbaik. Pada saya, itu tidak adil dan kasihan pada Shaqeen. Untuk makluman, Shaqeen adalah seorang yang pendiam, berbeza dengan saya yang bukan pendiam," ujarnya.

Menafikan dakwaan bahawa dirinya sukar bekerjasama, Ridhwan menjelaskan dia sebenarnya mudah menyesuaikan diri, tetapi menegaskan penting untuk ada toleransi dalam kumpulan.

"Orang mungkin anggap saya pemarah, tapi sebenarnya saya cuma menegakkan kebenaran. Saya memang tak suka tengok orang lain kena buli.

"Saya pernah je bekerjasama dengan sesiapa tanpa berkira latar belakang. Tapi, situasi kena tengok juga. Jangan buat orang yang ada kelemahan tu rasa sedih. Dan janganlah marah kalau seseorang itu tak familiar dengan lagu yang dipilih," kongsinya.

Dalam masa sama, Ridhwan mengakui mungkin rezekinya di Big Stage Alpha hanya sampai di situ sahaja, namun tetap positif bahawa masa depannya dalam bidang seni masih panjang.

"Pada saya, kalau ada rezeki dalam bidang nyanyian, bakat seseorang itu akan tetap menonjol. Mungkin rezeki saya dekat Big Stage Alpha sampai di sini sahaja, tapi mungkin rezeki saya lebih besar di luar sana," jelasnya.

Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu

Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.

Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.

Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.

Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.

Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.

#Dakwa #Selfish #Allan Andersn #Big Stage Alpha #Ridhwan Azman