Hiburan
“Bijaknya Arrian Tapi Tangan Tak Lepas Ayam Goreng” – Aksi Anak Tomok Buat Netizen Terhibur
Anak penyanyi terkenal Tomok, Arrian Shah Akid mencuri perhatian wargamaya dengan aksinya sedang membaca buku bahasa Mandarin sangat mencuit hati.
Menerusi laman sosial Instagram, Tomok berkongsi video anaknya sedang mengulang kaji bahasa Mandarin sambil memegang ayam goreng untuk tatapan umum.
“Alhamdulillah,” tulis Tomok ringkas sebagai kapsyen video anaknya.
Perkongsian video 30 saat itu menyaksikan Arrian, 9, menyebut perkataan bahasa Mandarin dengan lancar sambil ayam goreng tidak lepas daripada tangan kanannya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan juga rakan selebriti teruja dan memuji pencapaian Arrian dalam melihat perkembangannya menyebut bahasa Mandarin dengan lancar.
“Masya-Allah,” tulis penyanyi Alif Satar
“Ajar uncle nak,” pinta pelawak Achey
“Kemain ayam goreng dia,” tulis soorang wargamaya.
“Alhamdulillah, by the way ayam goreng tak tinggal ye,” kata seorang wargamaya.
“Wow bijaknya Arrian. Ayam goreng tu tak dapat dipisahkan,” komen seorang wargamaya.
Untuk rekod, Tomok dan Rahayu mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2011. Selain Arrian, Tomok mempunyai seorang lagi cahaya mata lelaki, Andrashah Iman, 6.