Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Bijaknya! Pelajar Malaysia Tajaan JPA Terima Pengiktirafan Tertinggi di Pennsylvania State University

Kamaruddin Razal
08/05/2019 22:50 MYT
Seorang pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerima pengiktirafan tertinggi dalam bidang kejuruteraan di Pennsylvania State University, Amerika Syarikat.

JPA dalam satu kenyataan berkata, Muhamad Saiful Hakimi Daud, 24, dari Sungai Petani, Kedah, telah dianugerahkan Marshal Kehormat Kejuruteraan College of Earth and Mineral Sciences', di Pegula Ice Arena pada 3 Mei.

"Beliau merupakan pelajar Malaysia pertama yang dipilih untuk menerima anugerah itu dengan skor penuh Purata Nilai Gred Kumulatiff (PNGK) 4.0," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

JPA berkata wakil Pennsylvania State University telah memuji Muhamad Saiful Hakimi atas pencapaian akademiknya, serta kemahiran kepimpinan yang tinggi.

Muhamad Saiful Hakimi kini mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Petroleum and Natural Gas Engineering Minor in Energy Business and Finance di Pennsylvania State University.

Sumber: Bernama
#Berita #JPA