Pakar sakit puan, Dr. Imelda Balchin menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan biji aprikot mampu menyembuhkan kanser.

Menerusi program kesihatan wanita, Tanya Doktor Imelda, episod ketujuh malam tadi, Dr. Imelda menjelaskan bahawa pendapat mengenai biji aprikot itu datang dari gologan yang melihat gaya hidup sihat masyarakat di pergunungan Himalaya.

"Sebenarnya, biji aprikot tidak menyembuhkan kanser, itu hanya mitos semata-mata.

"Pendapat itu terhasil dari mereka yang melihat gaya hidup sihat masyarakat di pergunungan Himalaya yang kebanyakkannya mampu hidup lebih dari 100 tahun.

"Biji aprikot merupakan makanan ruji mereka, tapi kita harus lihat pada gaya hidup mereka secara keseluruhan, mereka tidak makan makanan yang diproses dan menjalani kehidupan dengan aktif.

"Gaya hidup mereka yang harus dijadikan contoh, bukanlah pemakanan biji aprikot semata-mata," jelasnya dalam program tersebut.

Tanya Doktor Imelda dihoskan oleh Lisa Surihani dan menampilkan seorang pakar sakit puan, Dr. Imelda Balchin dan beberapa tetamu undangan setiap minggu.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan info mengenai kesihatan wanita dalam Tanya Dr. Imelda yang ditayangkan pada setiap Khamis, jam 9 malam di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD(121).

Anda juga boleh menonton program ini dimana-mana sahaja pada waktu yang sama menerusi tiga platform Gempak iaitu Facebook, YouTube dan portal rasmi www.gempak.com.