Tidak dinafikan rupa paras serta ketampanan pelakon lelaki Melayu telah membuat ramai hati gadis Malaysia ini ‘cair’.

Malah, wajah kacak pelakon Melayu yang menghiasi kaca televisyen serta layar lebar telah menjadi pria pujaan hati gadis Malaysia.

Namun begitu, kebanyakan daripada mereka telah membuktikan bakat juga penting bagi membantu mereka dalam bidang lakonan.

Tanpa buang masa, Gempak senaraikan pria pujaan hati gadis Melayu yang bikin cair!
  1. Fikry Ibrahim

Goodnight everyone!? @jackjonesmalaysia

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim) on

Pelakon berkulit hitam manis, Fikry Ibrahim ini mula menceburi bidang seni selepas memenangi tempat ketiga dalam program Lawak Solo 2016 dan kini semakin dikenali ramai. Selepas Lawak Solo 2016 tamat, Kemudian nama Fikry terus melonjak dalam drama Melayu selepas ,menceburi bidang lakonan dengan menjayakan watak penting bersama Uqasha Senrose dalam Hero Seorang Cindrella yang dibintangi oleh Fattah Amin dan Fazura.
Paling cair, lakonan Fikry dilihat sangat romantis dalam drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek bersama pelakon Farah Nabila. Selain kacak, apa yang membuatkan Fikry menjadi pria pujaan hati gadis Melayu adalah kerana matanya yang redup dan menggoda itu!
  1. Zul Ariffin

Whatever floats your boat.

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin) on

Pelakon filem Hantu Kak Limah, Zul Ariffin merupakan antara pelakon lelaki yang popular di Malaysia. Selain memiliki tubuh yang sasa, Zul juga memiliki wajah yang tampan dek kerana keluarganya yang mempunyai darah campuran Melayu dan Belanda.
Paling hot, apabila Zul membintangi filem Sangkar. Dalam filem itu dia memegang watak sebagai atlet seni bela diri campuran Adam "The Ace" Abdullah dalam filem aksi sukan Sangkar arahan Kabir Bhatia yang menggandingkannya bersama Remy Ishak dan Mira Filzah. Mananya tak cair, senyuman Zul tu sahaja sudah membuatkan gadis Melayu lentok!.
  1. Zizan Razak

Ade kereta sapa sapa rosak harini? saya sedia membantu. Termasuk hati awak pun saya boleh betolkan. #zizanrazak

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

Nama naib juara Raja Lawak pertama Zizan Razak ini semakin melonjak naik. Sikap Zizan yang suka melawak itu pasti boleh buat ramai gadis cair! Zizan juga telah dikaitkan dengan ramai pelakon wanita seperti Emma Maembong, Juliana Evans dan terbaharu Mira Filzah. Namun kerjaya lakonannya semakin baik bukan sahaja dalam bidang komedi tetapi dalam filem aksi seperti KL Gangster, Polis EVO , Abang Long Fadil dan banyak lagi. Terbaharu Zizan bakal muncul dalam filem Bulan & Pria Terhebat yang menampilkannya sebagai pelakon utama bergandingan dengan Zahirah Macwilson.
  1. Sharnaaz Ahmad

Im a dreamer , and im living it.. 2019 lesson closing soon, 2020 coming in strong! Welcome 2020.. 2019 thank you for the pain and joy..

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

Wajah bengis Sharnaaz ini mungkin boleh buat orang gerun, tapi bila dia membawa watak romantis habis anak gadis cair dengan sisi lembutnya.
Sharnaaz menceburkan diri dalam dunia lakonan pada tahun 2009 mula dikenali dengan watak yang lebih besar dalam drama bersiri komedi Dottie pada tahun 2010. Biarpun bermula menerusi watak ringan, nama Sharnaaz mula meniti bibir peminat apabila pengarah Michael Ang memberi peluang kepadanya membawa watak serius sebagai Afandi dalam telefilem Ungunya Cinta. Kini beliau cukup dikenali dengan watak-watak antagonis serta antihero dan dicalonkan dalam beberapa anugerah atas bakat lakonannya
  1. Shaheizy Sam

Day 4 kat gym ??‍♂️?. Bukan model bag @christyngshoes ye, cuma nak bgtau yang Sam bawak “Dia” ke mana-mana saje ? #FreakyFitz P/S : Boleh sambung contract tak? ? @freakyfitz_hq

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on

Pelakon Shaheizy Sam Abdul Samad atau Shaheizy Sam mempunyai aura dan karismanya tersendiri. Gadis pasti cair bila bayangkan watak nakal dan sweet Sam. Sam merupakan pelakon yang berjaya menempa nama dalam industri sebagai pelakon remaja pada tahun 90-an. Sam membuat debut pertama menerusi filem Sama Tak Serupa bersama Datuk Aznil Haji Nawawi seterusnya makin menyinar dalam bidang lakonan melalui filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam dan filem aksi Adnan Sempit.
Filem Adnan Semp-it menampilkan Shaheizy Sam sebagai pelakon utama berjaya melonjak namanya semula sebagai pelakon berbakat besar. Lakonannya menerusi Polis Evo mencatat kutipan pecah panggung tertinggi pada tahun 2015 dan kini sedang menjalani penggambaran Polis Evo terbaharu.