BERITA
Bikin Cair, Ini 5 Pria Pujaan Hati Gadis Melayu!
Tidak dinafikan rupa paras serta ketampanan pelakon lelaki Melayu telah membuat ramai hati gadis Malaysia ini ‘cair’.
Malah, wajah kacak pelakon Melayu yang menghiasi kaca televisyen serta layar lebar telah menjadi pria pujaan hati gadis Malaysia.
Namun begitu, kebanyakan daripada mereka telah membuktikan bakat juga penting bagi membantu mereka dalam bidang lakonan.
Tanpa buang masa, Gempak senaraikan pria pujaan hati gadis Melayu yang bikin cair!
Pelakon berkulit hitam manis, Fikry Ibrahim ini mula menceburi bidang seni selepas memenangi tempat ketiga dalam program Lawak Solo 2016 dan kini semakin dikenali ramai. Selepas Lawak Solo 2016 tamat, Kemudian nama Fikry terus melonjak dalam drama Melayu selepas ,menceburi bidang lakonan dengan menjayakan watak penting bersama Uqasha Senrose dalam Hero Seorang Cindrella yang dibintangi oleh Fattah Amin dan Fazura.
- Fikry Ibrahim
Paling cair, lakonan Fikry dilihat sangat romantis dalam drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek bersama pelakon Farah Nabila. Selain kacak, apa yang membuatkan Fikry menjadi pria pujaan hati gadis Melayu adalah kerana matanya yang redup dan menggoda itu!
- Zul Ariffin
Paling hot, apabila Zul membintangi filem Sangkar. Dalam filem itu dia memegang watak sebagai atlet seni bela diri campuran Adam "The Ace" Abdullah dalam filem aksi sukan Sangkar arahan Kabir Bhatia yang menggandingkannya bersama Remy Ishak dan Mira Filzah. Mananya tak cair, senyuman Zul tu sahaja sudah membuatkan gadis Melayu lentok!.
- Zizan Razak

- Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz menceburkan diri dalam dunia lakonan pada tahun 2009 mula dikenali dengan watak yang lebih besar dalam drama bersiri komedi Dottie pada tahun 2010. Biarpun bermula menerusi watak ringan, nama Sharnaaz mula meniti bibir peminat apabila pengarah Michael Ang memberi peluang kepadanya membawa watak serius sebagai Afandi dalam telefilem Ungunya Cinta. Kini beliau cukup dikenali dengan watak-watak antagonis serta antihero dan dicalonkan dalam beberapa anugerah atas bakat lakonannya
- Shaheizy Sam
Filem Adnan Semp-it menampilkan Shaheizy Sam sebagai pelakon utama berjaya melonjak namanya semula sebagai pelakon berbakat besar. Lakonannya menerusi Polis Evo mencatat kutipan pecah panggung tertinggi pada tahun 2015 dan kini sedang menjalani penggambaran Polis Evo terbaharu.