Tindakan seorang wanita yang merakamkan content trend POV ‘Aku Melayu’ menjadi buah mulut netizen apabila perkongsiannya itu dianggap riyak.

Menerusi video yang dikongsi, wanita tersebut kelihatan selamba memaparkan aset-aset nya yang gah seperti kereta mewah dan perniagaannya yang laku walaupun sebelum itu telah melontarkan ayat yang sarkastik.

“Aku Melayu, memang aku tak kaya.

“Aku Melayu, memang aku malas.

“Aku Melayu, memang aku kedekut,” ujarnya di video tersebut.

Bagaimanapun, setelah diperhatikan ayat yang dilontarkan itu hanya sekadar sindiran kerana apa yang dilontarkan tidak selari dengan apa yang dipaparkan di dalam video tersebut.

Berita Trending: Canggih Atau Menyusahkan? Masuk Toilet Kena Bayar RM1.20, Tapi Hanya Boleh Guna…

Menjengah ke ruangan komen, hantaran tersebut mengundang rasa kurang netizen sehingga ada yang melabel tindakan wanita ini sebagai ‘terpaling melayu’.

“Aku melayu memang riak suka menunjuk.

“Sengaja buat sebab mintak kena kecam.

“Ujian buat dia. Allah dah bagi lebih. Dia menunjuk. Secara alami, manusia ada perasaan iri dan kecik hati. Tahniah kakak terpaling Melayu,” tulis beberapa netizen.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah mendapat sebanyak 170 ribu tontonan di platform X.