Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bikin Kejutan… Selepas 'Berdrama' Di Instagram, Shila Amzah Kini Tunangan Ubai

Izwan Isa
27/05/2023 09:50 MYT

Meleset jangkaan netizen… Penyanyi Shila Amzah dan kekasihnya, Ubai membuat kejutan dengan berkongsi gambar pertunangan mereka di Instagram.

Menerusi perkongsian Ubai, jejaka tersebut hanya menulis kapsyen ringkas dengan kalimah Alhamdulillah dan emoji sebentuk cincin.

A post shared by Ubaidillah (@ubaimz)


Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Ubai mengucapkan tahniah dan mendoakan agar fasa seterusnya bagi pasangan tersebut dipermudahkan.

Rabu lalu, Shila memuat naik status berbaur ‘sedih’ mengenai hubungan cinta yang dijalin selama lima bulan bersama jejaka berkenaan.

Menurut Shila, Ubai merupakan seorang jejaka yang sempurna selain telah banyak memberikan kasih sayang kepada anak lelakinya, Uwais.

Difahamkan, hubungan cinta antara Shila dan Ubai mula mekar ketika Shila mula aktif dalam bidang seni sekitar tahun lalu.

Untuk rekod, Shila mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018 sebelum bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Seth Uwais.

#Tunang #Shila Amzah #Ubai
;