Laman Utama
Bikin Panas! Lelaki Bagi Pendapat Isteri Kena Tiru Cara Pelacur Untuk Pikat Pasangan Buat Kaum Hawa Mengamuk!
Pendapat seorang lelaki di media sosial mengenai isteri perlu meniru cara pelacur untuk melayan pasangan menimbulkan rasa kurang senang pengguna laman sosial terutama kaum hawa.
Pandangan yang dimuat naik di media sosial itu telah menjadi tular sejak semalam apabila ramai warganet berkongsi dan tidak bersetuju dengan tulisan lelaki terbabit.
Menurutnya, isteri perlu memakai pakaian seksi, menjaga kencantikan, menjaga kulit badan supaya gebu, cakap lembut seperti pelayan siam dan memiliki payudara mantap untuk memikat hati suami.
Yang menjadi kemarahan kebanyakan kaum hawa apabila lelaki terbabit seolah-olah merendah-rendahkan dan menyindir para isteri kerana tidak menjaga penampilan diri.
Katanya, kebanyakan isteri kusut masai tidak menjaga badan, cakap melawan, payudara kendur, mulut busuk makan petai, alat sulit berbau dan banyak lagi kekurangan.
Antara reaksi yang diberikan pengguna laman sosial yang kebanyakannya wanita ialah, memohon supaya penulis status tersebut sedar diri.
Ada juga yang memberikan pendapat supaya dia sebagai seorang suami seharusnya memberikan perbelanjaan yang cukup jika mahu isteri sentiasa kelihatan cantik.
Bagaimanapun ada juga kaum lelaki yang tidak menyokong kenyataan tersebut yang dianggap keterlaluan.
Pada tahun 2011, Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr. Rohaya Mohamed pernah dikritik hebat kerana mengeluarkan kenyataan seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’.
Menurut Dr Rohaya ia bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.
Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu.