"Bila Abang Paskal Memasak, Habis Terbalik Dapur Dibuatnya" - Gelagat Hairul Azreen Buat Netizen Pecah Perut!

Hanafis Haris
Mei 23, 2019 12:55 MYT
Bagi sesetengah lelaki, tugas memasak pastinya sukar. Berdepan dengan percikan minyak ketika memasak antara halangan dan cabaran paling getir.
Situasi ini telah pun dikongsi oleh pelakon, Hairul Azreen menerusi satu video di instagramnya.
Video terbabit memaparkan Hairul sedang cuba untuk menggoreng ayam segera, namun berdepan situasi sukar apabila minyak yang digunakan merecik keluar.
"Ini sebab kenapa budak gym bila diet, makanan semua tak nak ada minyak, baru saya faham," katanya.
Gelagat Hairul itu bukan saja menarik perhatian isterinya Haniz Zalikha, malah rakan artis turut meninggalkan komen lucu di Instagramnya.
Malah ada juga yang menyakat keberanian Hairul sebagai anggota 'PASKAL'.
Ini antara komen yang ditinggalkan warganet di Instagram Hairul:
#Memasak #Paskal #Hairul