,
Laman Utama

“Bila Allah Tarik Nama Saya, Kita Tidak Tahu Bila Nak Mati” - Putra Amaris Tersentak Selepas Mengalami…

Hanafis Haris
23/03/2022
06:30 MYT

Disahkan positif COVID-19 sekitar bulan lalu hingga terpaksa melalui pelbagai keperitan untuk sembuh, pelakon Putra Amaris akui ‘tersentak’ hingga muncul keinsafan dalam diri.

Malah, Amaris akui agak terganggu apabila memikirkan detik nyawa ‘bakal’ dicabut Tuhan.

"Baru-baru ini, saya positif COVID-19. Namun, saya diberi umur panjang. Tapi untuk masa depan, bila Allah tarik nama saya, kita tidak tahu bila nak mati.

"Dua tahun berdepan pandemik COVID-19, saya cukup terkesan dengan tiada tawaran berlakon.

"Perniagaan diceburi juga tidak menampakkan jualan. Namun, saya beroleh rezeki luar biasa apabila diberi kepercayaan menjadi duta selain tabungan yang ada.

"Jadi, kenapa saya tidak mensyukuri nikmat itu dan berkongsi rezeki tidak kira kecil atau besar.

“Saya bukan orang kaya tetap rezeki wajar dikongsi dengan orang lain," katanya.

Dalam pada itu, Putra Amaris mendedahkan dia turut menerima banyak mesej daripada rakan artis yang turut meminta bantuan.

Jelasnya, antara mesej berkenaan adalah daripada artis-artis veteran termasuk di bawah usia 40 tahun.

“Mereke text Amar minta bantuan secara peribadi.

"Ada antara mereka perlukan wang untuk melunaskan tunggakan sewa rumah, nak beli barang rumah.

“Ada yang dibantu tidaklah sebanyak mana pun, namun, senyuman mereka membuatkan hati ini sayu,” katanya.

Amaris berkata demikian ketika sidang media Qaseh Infaq Ramadan #Samasamakenyang yang diadakan di Hotel Eastin Kuala Lumpur, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Dalam program berkenaan, Amaris mengumumkan beberapa aktiviti kebajikan termasuklah membina rumah untuk golongan asnaf dan program ‘Penuhkan Peti Ais’ yang menyasarkan lebih 1,000 buah rumah di sekitar Lembah Klang.

Anggaran keseluruhan kos untuk membina rumah tersebut sekitar RM80,000 hingga RM100,000 yang dikumpulan hasil sumbangan daripada rakan-rakan serta beberapa pihak.

Kos ‘Penuhkan Peti Ais’ setiap keluarga pula sekitar RM200 hingga RM500.

Susulan itu, pelakon drama Andainya Takdir 2 itu masih mengalu-alukan mana-mana pihak yang sudi memberi tajaan khususnya dari segi kewangan dan barangan keperluan.

BACA:“1 Syawal Nanti Dapat Rumah” - Masya Allah, Putra Amaris Nekad Bantu Golongan Asnaf, Siap Nak Penuhkan Peti Ais?

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Dulu Hidup Saya Pun Macam Gelandangan, Nak Makan Meminta-Minta" - Juju Santuni Golongan Memerlukan, Dedikasikan Lagu Teduhan Kasih Mama

gempak
31/03/2024
09:50 MYT
Pernah bergelut pelbagai cabaran sejak kecil, penyanyi dan usahawan berjaya Juju mendedikasikan lagu Teduhan Kasih Mama buat insan yang pernah membantunya mengharungi liku hidup.
Hiburan

Baru Hilang Ibu Tersayang, Kesedihan Tak Halang Putra Amaris Teruskan Program Share Rezeki Ramadan - "Moga Dapat Beri Pahala Buat Arwah..."

gempak
11/03/2024
05:32 MYT
Amaris turut bekerjasama dengan penyampai radio, Tyzo Xander
Laman Utama

Peti Ais SMEG Syamimia Bukan Ori, Tempah Pembalut & Logo Tiruan!

gempak
17/10/2023
14:25 MYT
Syamimia mengaku dia hanya menempah khas pembalut serta logo jenama mewah, SMEG
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: Naqiu Infaq Separuh Duit Kemenangan Juara GV6 - "Ketika Itu PKP, Ramai Orang Susah"

gempak
30/09/2023
15:55 MYT
Alhamdulillah... murah rezeki Naqiu.
Laman Utama

Ingatkan Boleh Tapi Sebenarnya Tak Elok, Ini 10 Makanan Tak Patut Simpan Dalam Peti Sejuk

gempak
02/08/2023
04:50 MYT
Ouh baru tahu...
Unitar