“Bila Anak-Anak Rapat Setahun Satu….”- Yatt Hamzah Dedah Anak Cemburu Dengan Baby

Syafiqah Jalal
Januari 18, 2020 02:10 MYT
Pelakon Yatt Hamzah mendedahkan anak ketiganya, Suci Hayfa Medina, 2, sudah mula menunjukkan tanda-tanda cemburu selepas dia melahirkan bayi keempat pada 30 Disember lalu.
Kata Yatt, Medina sudah mula minta perhatian yang lebih serta sama dengan anak keempatnya, Suci Hawa Zulaikha.
“Minggu pertama Medina tak tunjuk lagi, masuk minggu kedua ni ketara sangat dah cemburu dia pada adiknya baby Hawa Asyik minta dukung dan peluk sahaja dengan Bonda.
“Kadang-kadang meruntun juga hati Bonda tengok gelagat dia. Kesian, tak puas jadi adik dah ada adik baru.
“Tapi insya-Allah, lama-lama dia dapatlah biasakan diri dengan situasi serta perubahan ini,” tulisnya.
Yatt berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Pun begitu Yatt memberitahu dia amat memahami apa yang dialami oleh Medina dan sedikit sebanyak telah meruntunkan hatinya.
“Jujur, Bonda sendiri tak puas manjakan dia sebagai anak Bongsu. Dalam hati ni ada satu ruang yang masih tak percaya Medina dah ada adik baru.
“Hakikatnya, ramai ibu mungkin rasa yang sama bila anak-anak rapat setahun satu. Moga Allah berikan keberkatan dan kebahagiaan menjaga anak-anak syurga ini,” katanya lagi.
Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.
Pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 4, dan Suci Hayfa Medina, 2.
Yatt mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 9, hasil perkahwinannya terdahulu dengan Abdul Mutalib Shukor.
#Anak #Bersalin #Hamil #Yatt Hamzah #Hamil