Laman Utama

"Bila Anak Dah Besar Tak Boleh Halang Dia Nak Berkawan" - Ashira 'Set'kan Temujanji Anak Teruna Dengan Kawan Perempuan

gempak
Amri Hassan
01/11/2021
02:52 MYT
Sponsor Banner
"Bila Anak Dah Besar Tak Boleh Halang Dia Nak Berkawan" - Ashira 'Set'kan Temujanji Anak Teruna Dengan Kawan Perempuan
Bintang GV7, Ashira membuat kejutan buat anak tunggalnya, Megat Syazril yang kini berusia 15 tahun dengan membuat temujanji bersama kawan perempuannya bernama Yana secara diam-diam.
Kongsi Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, dia sengaja membuat plan kejutan itu sebagai sokongan terhadap anak lelakinya itu.
"Bila anak dah besar kita tak boleh nak halang dia nak berkawan.. benda yang tak baik kita tegur.
"Kalau kita membangkang ini tak boleh itu tak boleh nanti budak-budak ni memberontak lagi susah jadinya.
"So today mama dengan baik hati secretly buat temujanji dengan kawan perempuan dia ni tanpa pengetahuan dia. Yang penting depan mata," kata Ashira.
Sepanjang pertemuan pertama dengan Yana, dedah Ashira anak lelakinya menunjukkan sikap lelaki budiman biarpun lebih muda dari kawan perempuannya.
"Yang kelakarnya dia nampak macam 'abang' padahal budak perempuan ni lagi tua dari dia hahaha alahai so cute! Happy Birthday once again Yana.
"Next year boleh celebrate sekali selang sehari jer birthday Yana dengan Aunty.
"Korang dua kawan elok-elok, jangan terjebak dengan benda-benda yang tak elok.. Apa-apa pun pelajaran mesti diutamakan, ingat pesan mama selalu okey," pesan Ashira.
Perkongsian Ashira itu dipuji peminatnya yang menyifatkan pelantun lagu Di Ombak Resah itu seorang ibu yang 'sporting'.
"Cantik bakal menantu," seloroh @vee_nazrah.
"Mama yang sporting dan very supportive," kata @mdm.aimyabdullah.
"Great example of motherhood. My mom used to do the same when I was 18, makes me really take care of the relationship and the boundaries we should have in between," kongsi @gracietherarekingdom.
Untuk rekod, Ashira gigih menyara keluarga dan membesarkan anak tunggalnya selepas bercerai dengan bekas suami kira-kira enam tahun lalu.
Awal tahun 2021, Ashira memilih untuk mendirikan rumah tangga bersama bintang GV7, Bad Indigo.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live