Penyanyi Tasha Manshahar mengakui berasa bimbang apabila anaknya, Muammar Rafiqi tiba-tiba mengalami demam ketika musim penularan wabak Covid-19.

Bagaimanapun, katanya, dia mula lega apabila panas badan anaknya yang baru berusia 10 bulan itu mula surut petang semalam.

"Muammar demam sebenarnya semalam (kelmarin). Tapi syukur Alhamdulillah dah kebah petang tadi (semalam). Lega sangat, terima kasih Allah. Kali ini, mommy tak sepanik masa kali pertama Muammar demam dulu sewaktu dia lima bulan. Ingat? Masa tu dia kena influenza, lagi kasihan lembik longlai,

"Kali ini demam tapi masih boleh bergurau, nak main. Cuma, bila anak demam masa musim penyakit ni, hati ibu mana yang tak resah kan," kongsinya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram malam tadi.

Muammar demam sebenarnya semalam. Tapi syukur Alhamdulillah dah start kebah ptg tadi. Lega sgt, terima kasih Allah. Kalini mommy tak sepanik masa first time Muammar demam dulu when he was 5m+. Remember? Masa tu dia kena influenza, lagi kesian lembik longlai ? Kalini demam tp masih boleh bergurau, nak bermain. Cuma, bila anak demam time musim penyakit ni, hati ibu mana yg tak resah kan. Tapi macam biasa lah terus minta advice kaklong @kai_armd , and kaklong suruh monitor je if ada simptom yg lain-lain selain demam. Syukur sgt la this time tahu dah apa yg kita boleh ikhtiar masa anak demam (swipe left utk tips). _ Alhamdulillah Muammar dah start okay sebelum maghrib tadi, dah melasak semula, malah merangkak hujung ke hujung kejar seekor semut, nasib baik mommy nampak mommy selamatkan semut tu. Kalau sampai dkt Muammar maut dia, tak kena hempap, muammar kutip masuk mulut ? Ada ni ha dah tidur dah pun letih kejar semut tadi. Semoga Allah sentiasa beri sihat dan kuat buat Muammar dan anak-anak mommies yg tgh baca caption ni, Aamiin ♥️ _ Oh btw, @kumpulan_megaklinik_zahran ada buat servis utk vaksin baby dekat rumah. Best kan Zahran buat servis Zahran Mobile ni. Kita tak payah ambil risiko bawa baby keluar ke klinik time musim Covid19 ni ?? #notanexpert #justsharing #9m _ Update : Muammar demam balik malam tadi. Suhu naik tinggi. Team @kumpulan_megaklinik_zahran dah dtg td utk check Muammar. Will share dkt next post. I rasa ni important utk parents tahu supaya lebih alert.

A post shared by @ tashamanshahar on


Dalam posting tersebut, Tasha turut berkongsi tips kepada pengikutnya mengenai tindakan yang boleh dilakukan apabila berdepan dengan masalah anak demam.

"Tapi macam biasalah terus minta nasihat Kak Long @kai_armd, dan Kak Long suruh pantau sahaja kalau ada simptom yang lain-lain selain demam. Syukur sangatlah kali ini sudah tahu apa yang kita boleh ikhtiar masa anak demam (swipe kiri untuk tips)," katanya.

Menurut pelantun lagu Ragu-Ragu itu, keadaan kesihatan Muammar kini juga sudah kembali pulih.

Tasha mendirikan rumah tangga dengan penyanyi nasyid, Raqib Majid pada 8 September 2018.

Pasangan itu kemudian menimang cahaya mata sulung, pada 21 Jun tahun lalu.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!