Hiburan
"Bila Ayah Tak Ada, Sudah Terlambat Untuk ..." - Fizo Omar Kenang Pemergian Arwah Bapa 8 Tahun Lalu
Pelakon dan usahawan Fizo Omar berkongsi cebingkis coretan buat arwah bapanya, Wan Omar Wan Ishak, yang telah meninggal dunia lapan tahun lalu.
Tulis Fizo menerusi akaun Instagramnya, pelbagai memori indah kembali bersama arwah bapanya kembali bermain di fikiran sejak pemergiannya.
"Al fatihah buat arwah ayah Hj. Wan Omar Bin Wan Ishak. Hari ni genap 8 tahun arwah tinggalkan kami semua dan sekitar waktu ini juga jam 9 lebih ayah menghembuskan nafas terakhir.
"Bila ayah dah tak ada, satu persatu kebaikan dan jasa dia akan bermain di memori kita.
"Sudah terlambat untuk nak menghargai dan ucapan terima kasih, hanyalah doa anak-anak amalan sedekah yang boleh dikirimkan ke atasnya," tulisnya sayu.
Fizo turut memperingati peminat dan netizen agar menghargai kedua-dua ibu dan bapa sementara mereka masih hidup.
"Kepada yang masih beribu-bapa, hargailah mereka sebaik baiknya. Pastikan tangisan anda di pusara nanti adalah bukan tangisan penyesalan.
"Sama-sama kita sedekah al-Fatihah kepada arwah ayah saya dan kepada semua ahli keluarga dan sahabat kita yang telah pergi.
"Al fatihah...," tambah Fizo lagi.
Bapa Fizo meninggal dunia pada 5 Julai 2011 di Kelantan pada usia 80 tahun kerana ketumbuhan.