Hiburan

“Bila Ayah Tiada Nanti…”- Ini Pesan Ashraf Muslim Pada Anak Lelaki

gempak
Syafiqah Jalal
09/09/2020
12:12 MYT
Sponsor Banner
“Bila Ayah Tiada Nanti…”- Ini Pesan Ashraf Muslim Pada Anak Lelaki
Pelakon Ashraf Muslim meninggalkan pesanan buat dua orang anak lelakinya, Adam dan Noah apabila dia sudah tiada kelak.
Ashraf meminta supaya Adam dan Noah menjaga kedua-dua isterinya yang juga ibu mereka serta anak-anaknya perempuannya yang juga adik beradik mereka.
“My hero! Adam dan Anas ingat pesan ayah selalu. Nanti bila ayah tiada jaga mama, ibu, kakak Sarah dan adik Safiyyah baik-baik,” katanya.
Pesanan itu dikongsikannya di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut Ashraf memuat naik fotonya bersama dua orang anaknya itu.
Dalam masa yang sama, Asgraf turut berpesan agar kedua-dua anaknya itu berakhlak mlia dan beriman.
“Dan jadi anak lelaki yang berakhlak mulia dan beriman yer. Allah selalu sayang kita semua,” pesannya lagi.
Pelakon Ada Apa Dengan Dosa itu berkahwin dengan isteri pertama Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 kemudian mendirikan rumah tangga dengan isteri kedua Wan Sakinah pada 7 Julai 2013.
Bersama isteri pertama dia dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Anas Ashraf yang kini berusia enam tahun.
Sementara perkahwinan dengan Sakinah pula, mereka diserikan dengan kehadiran Sarah Ashraf, 6, dan Adam Ashraf, 5, dan Safiyyah, 2.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live