Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Bila Ayah Tiada Nanti…”- Ini Pesan Ashraf Muslim Pada Anak Lelaki

Syafiqah Jalal 09/09/2020 | 12:12 MYT
Pelakon Ashraf Muslim meninggalkan pesanan buat dua orang anak lelakinya, Adam dan Noah apabila dia sudah tiada kelak.
Ashraf meminta supaya Adam dan Noah menjaga kedua-dua isterinya yang juga ibu mereka serta anak-anaknya perempuannya yang juga adik beradik mereka.
“My hero! Adam dan Anas ingat pesan ayah selalu. Nanti bila ayah tiada jaga mama, ibu, kakak Sarah dan adik Safiyyah baik-baik,” katanya.
Pesanan itu dikongsikannya di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut Ashraf memuat naik fotonya bersama dua orang anaknya itu.
Dalam masa yang sama, Asgraf turut berpesan agar kedua-dua anaknya itu berakhlak mlia dan beriman.
“Dan jadi anak lelaki yang berakhlak mulia dan beriman yer. Allah selalu sayang kita semua,” pesannya lagi.
Pelakon Ada Apa Dengan Dosa itu berkahwin dengan isteri pertama Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 kemudian mendirikan rumah tangga dengan isteri kedua Wan Sakinah pada 7 Julai 2013.
Bersama isteri pertama dia dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Anas Ashraf yang kini berusia enam tahun.
Sementara perkahwinan dengan Sakinah pula, mereka diserikan dengan kehadiran Sarah Ashraf, 6, dan Adam Ashraf, 5, dan Safiyyah, 2.

My hero! Adam dan Anas.. ingat pesan ayah selalu.. nanti bila ayah takde jaga mama, ibu, kakak Sarah dan adik Safiyyah baik-baik.., dan jadi anak lelaki yg berakhlak yang mulia dan beriman yer. Allah selalu sayang kita semua. @ashrafslegacy

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

#Anak #Ashraf Muslim #Pesan #Lelaki
;