Bila Badrul Bicara: Cukup-Cukuplah Hina Dia, She Is Just Fighting The Cause!
Badrul Hashim
27/09/2019 05:16 MYT
27/09/2019 05:16 MYT
Melihat 'serangan' peribadi yang dibuat kepada Haneesya Hanee tentang warna kulitnya membuatkan saya terfikir dengan sikap manusia. Apa salahnya kalau dia cuba membuat sesuatu yang pada dia adalah sesuatu yang ingin diperjuangkan?
Hitam! Kalau sekadar warna pada cat atau sesuatu yang tidak bernyawa, ianya perkara biasa. Tetapi apabila gelaran itu diletakkan pada manusia, ianya menjadi satu perkara yang lain. Apatah lagi hitam sering disamakan dengan kotor, tidak cantik, hodoh dan sebagainya.
Lebih menyedihkan, jika sepanjang hidup anda di muka bumi ini, perkataan tersebut sering menjadi ejekan sejak dari sekolah lagi. Pedih dan menyakitkan. Hanya orang yang melaluinya sahaja yang dapat merasa.
Mungkin itulah yang cuba disampaikan oleh Haneesya. Itu yang diperjuangkan apabila dia sering memberitahu perkara yang sama. Untuk memberitahu perkataan 'hitam' yang dilemparkan kepadanya bukan bermakna dia kotor, hodoh dan sebagainya. Dan orang yang mempunyai warna kulit yang sama dengannya juga tidak perlu merasa atau melalui apa yang dilaluinya sejak dulu lagi.
Anda tidak hidup dalam dirinya. Anda mungkin tidak tahu apa yang pernah dilaluinya. Kehidupannya. Anda mungkin tidak merasa kepedihan, kesakitan, rasa malu dan sebagainya yang dia hadapi apabila dipanggil hitam. Anda juga tidak tahu kesannya terhadap mental seseorang.
Setiap orang ada sesuatu yang diperjuangkan, apatah lagi bergelar selebriti. Pernah suatu ketika dulu segelintir selebriti yang mempunyai 'campuran darah' dan digelar pan asian juga berjuang untuk mendapat tempat dalam industri. Seperti mana juga
Abam Bocey memperjuangkan 'Gemuk Is Awesome'.
Anda juga sama! Pasti ada sesuatu yang anda perjuangkan dalam hidup anda. Tidak kiralah untuk diri sendiri, keluarga, teman-teman atau sesiapa sahaja. Kita ingin perjuangkan sesuatu agar orang lain dapat memahami dan orang yang melalui perkara yang sama mendapat semangat dan sokongan yang kita dulu mungkin tidak memperolehinya.
Kadangkala saya pelik dengan segelintir insan di media sosial ini. Katanya bijak pandai dan tahu dengan menggunakan teknologi terkini, tetapi perkara mudah pun tidak mampu dibuat.
Kalau anda tidak suka dengan sesiapa sahaja, sama ada dengan apa yang diceritakan atau anda tidak suka tanpa sebab sekalipun, klik sahaja unfollow button atau block terus. Senang kan? Kenapa hendak menghina orang lain.
Saya tidak pernah kenal Haneesya Hanee secara peribadi, tidak pernah berbual dengannya, tidak pernah bertemu depan-depan, tapi saya dapat rasakan apa yang dia ingin sampaikan.
Mungkin ada segelintir yang menganggap dia terlalu dramatik dalam beberapa perkara. Bukankah kita semua juga begitu? Tetapi ianya tidak menjadikan perkara tersebut diri kita sebenarnya.
Saya percaya setiap orang perlukan peluang kedua. Malah, mungkina ada yang mengharapkan peluang ketiga dan keempat. Lupakan kisah pertandingan Dewi Remaja itu. Sudah menjadi masa silam. Kita juga tidak mahu ada perkara hitam dalam masa silam kita diulang-ulang ceritanya.
Saya percaya dengan bakat Haneesya kerana saya pernah menonton lakonannya di dalam drama. Saya juga tahu ramai pereka fesyen tempatan yang sering memilihnya untuk memperagakan pakaian mereka kerana keistimewaan yang ada pada dirinya.
Sudah-sudahlah menggelarkan dia hitam dalam konteks yang kotor dan hodoh kerana apa yang Haneesya perjuangkan adalah sebaliknya. Itu mungkin untuk adik-adik kita yang masih di sekolah, atau untuk anak-anak kita yang sering dibuli yang kita sendiri tidak tahu dan sebagainya.
Kalau anda secara peribadi tidak suka dia, atau tidak suka dengan apa yang diperjuangkan, saya ulangi, unfollow dan block sahaja dia daripada media sosial anda. Biarlah dia perjuangkan kepada orang yang mahu mendengar dan mungkin juga orang yang melalui apa yang dia lalui.
Dan ingatlah, kulit hitam, putih, atau kuning, badan kurus, gemuk, jari tak cukup, mata sebelah tak nampak atau apa sahaja, itu semua adalah ciptaan Tuhan. Adakah anda ingin menidakkan ciptaan Yang Maha Esa?
Salam Jumaat dan jumpa lagi!
Bila Badrul Bicara.
Kredit Gambar: Instagram
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.