Bila Badrul Bicara: Jangan Pandang Hanya Pada Rupa, Bakat Sangat Mahal Harganya
Badrul Hashim
04/10/2019 05:14 MYT
04/10/2019 05:14 MYT
Terserempak dengan penyanyi Hazami di tempat kerja. Sempat juga berbual dengan beliau seketika. Sudah agak lama tidak bertemu, mahupun bertanya khabar. Tetapi bicara kami seketika itu membuatkan saya banyak berfikir.
Saya kenal Hazami ketika lagu 'Sonata Musim Salju' menjadi lagu siulan ramai. Ketika itu saya masih lagi bertugas di radio. Ramai yang ingin tahu siapa penyanyi di sebalik lagu tersebut kerana tiada gambar penyanyi pada single yang disertakan.
Ketika itu saya anggap ianya adalah sekadar satu gimik untuk merahsiakan menyanyinya. Apabila Hazami mula ke hadapan dan berkongsi dirinya pada umum, banyak pula mulut-mulut jahat yang mengata itu dan ini.
Itu satu perkara yang saya tidak faham ketika itu. Kenapa tidak boleh enjoy sahaja suaranya yang cukup indah itu? Kenapa kita sebagai manusia sering meletakkan wajah sebagai tanda aras sesuatu kejayaan? Seolah-olah orang yang kurang rupanya ini tidak layak untuk menikmati kehebatan seperti orang lain?
Mujur ketika itu media sosial masih belum menjadi rutin harian rakyat Malaysia. Belum wujud makcik dan pakcik bawang secara terbuka. Yang ada cuma soksek soksek di belakang sahaja.
Saya turut bangga kerana satu demi satu lagu Hazami menjadi siulan ramai. Tuhan menganugerahkan beliau dengan suara yang cukup hebat. Malah dia juga mampu mencipta lagunya sendiri. Keistimewaan yang bukan calang-calang orang mempunyainya.
Tetapi seperti ketika melancarkan lagu pertamanya, Hazami lebih selesa berada di belakang. Walaupun pernah memenangi pelbagai anugerah dalam industri seni tanah air, dia masih lagi merendah diri, atau lebih tepat merasa rendah diri.
Pelbagai anugerah dikutip sejak menerima Anugerah Artis Baru Popular ABPBH dulu. Anugerah Juara Lagu, Anugerah Vokal Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) memenuhi ruang di rumahnya, saya pasti. Tetapi masih rasa rendah diri.
Citarasa segelintir rakyat Malaysia yang masih mementingkan paras rupa menyebabkan penyanyi ini mungkin berasa seperti tidak dihargai. Mungkin tahap mentaliti segelintir kita masih lagi di takuk lama, masih lagi belum berubah sepenuhnya.
Saya juga rasa Hazami perlu yakin pada dirinya. Dia bukan calang-calang penyanyi dan saya pasti sekadar menjadi guru vokal bukanlah tempatnya. Dia harus berdiri di atas pentas dan menghiburkan orang dengan anugerah yang diberikan kepadanya. Dia harus terus berkarya dengan lagu-lagu hebat.
Ramai lagi penyanyi, mahupun pelakon di luar sana yang perlu diberi peluang untuk mewarnai industri dengan bakat yang mereka ada. Jangan sekadar pandang pada rupa kerana itupun pastinya tidak bertahan lama.
Kita ada penyanyi yang saya anggap bertaraf antarabangsa seperti Hazami, Idayu, serta pelakon yang sungguh hebat seperti Amirul Affendi, Azhan Rani, Jay Iswazir (sekadar menyebut beberapa nama) yang harus diberi lebih peluang untuk muncul di kaca TV dan di layar perak.
Untuk Hazami, teruslah berkarya. Kami masih perlukan penyanyi seperti anda untuk memberikan yang terbaik buat industri.
Salam Jumaat dan jumpa lagi!
Bila Badrul Bicara
Kredit Gambar: Instagram
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.