Mungkin orang nampak dia garang dan tegas, dan mungkin juga ada betulnya kerana itulah cara dia bekerja. Tapi kemuliaan hati seseorang, hanya Allah yang tahu.

Sekian lama Erma Fatima dan Amy Search bersahabat. Kata Erma, sejak zaman 'jahiliah' lagi. Ikut pada kata-kata orang lama (seperti saya), zaman 'jahiliah' ni adalah zaman muda yang seronok-seronok tak ingat dunia! Bila disebut nama-nama tempat tu, saya senyum sendiri.

Persahabatan yg sentiasa kekal hingga ke Jannah..sahabat aku dulu..kini dan selamanya. Selamat Hari Raya @aku.amysearch @qasander

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on


Tiga empat hari lalu, bergegar jugalah media sosial bila perbalahan antara Nabila Huda dan ibu tirinya dikongsi di Instagram. Hubungan antara keduanya sememang dingin sejak dulu lagi. Ada yang tahu cerita penuh, ada yang dengar-dengar cerita, dan ramai yang membawang sambil tambah garam dan perasa.

Kerinduan seorang anak diluahkan Nabila dalam Instagramnya ketika sambutan Hari Bapa. Mungkin luahannya itu hanya isi rasa seorang anak kepada ayahnya, tapi bila ada komen-komen yang mula memanaskan keadaan, mungkin secara tak langsung membuatkan ibu tirinya menaikkan entrinya sendiri.

Kalau aku dtg rmh dia aku tk nk mkn lain selain asam pedas masakan airtangan dia @aku.amysearch #alhamdulillah

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on


Ada orang yang sedih dan bersimpati, tetapi tidak kurang juga yang menjadi 'batu api' dan membuat pelbagai serangan melalui kata-kata yang melampau sehingga ibu tiri Nabila terpaksa menutup ruangan komen.

Seronok mereka ini. Orang putih kata 'they were having a field day!'. Ya lah, bila ada hal macam ni, bolehlah menumpang hentam walaupun ramai yang tak tahu hujung pangkal.

Alhamdulillah, Allah munculkan kawan baik kepada Amy dan Nourish yang bernama Erma Fatima ini. Sebaik-baik perancang itu Allah SWT. Buka hati Erma Fatima untuk mempertemukan mereka dan Nabila.

Sebak dada sebenarnya..ingatan yg luarbiasa dari seorang yg ku anggap seperti anak. Mcm tk percaya..bkn kerana duit raya tu..TETAPI ingatan dia kpd aku. Ya Allah..kurniakanlah berkat dan rahmatmu serta kebahagiaan buat anak ku @kupu_kupu sekeluarga. AMIN #mlmberkatdanrahmat #alhamdulillah #terimakasihallah

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on


Kita yang tak berada di sana memang takkan tahu apa sebenarnya berlaku. Kita boleh agak-agak sahaja melalui perkongsian video, serta komen-komen antara mereka. Kalau kita agak-agak benda yang baik, maka yang baiklah jadinya. Begitulah yang sebaliknya juga.

Jadi saya nak anggap benda yang baik sahaja. Niat ikhlas Erma untuk mempertemukan anak yang ayah ini. Kata Nabila, hanya dengan satu panggilan sahaja daripada Erma, dia terus muncul. Itu tanda penghormatan tu daripada Nabila pada Erma. Juga tanda hatinya terbuka untuk saling maaf-bermaafan.

Kita mungkin nampak hanya daripada sisi Amy dan Nabila sahaja. Tetapi saya rasa, Nourish juga memainkan peranan untuk memulihkan keadaan ini. Jangan ketepikan dia kerana Allah itu Maha Mengetahui. Cukuplah cerita ibu tiri jahat. Biarkan benda tu dalam drama-drama sahaja.

"Nabila (@kupu_kupu) Mama percaya dalam dunia ni kasih sayang pada keluarga adalah cinta teragung dari Allah buat kita dan Abil seorang anak yang baik. Terserlah cahaya kegembiraan seorang ayah Amy (@aku.amysearch) tadi dan senyuman penuh kepuasan dari adikku Nourish (@qasander)" tulis Erma.

Saya melihat kedua-dua wanita dalam hidup Amy ini adalah wanita yang kuat. Insya-Allah, melalui kekuatan yang mereka ada ini, mereka akan menempuh hari-hari mendatang untuk ke arah yang lebih baik. Pasti ada dugaan, tapi mereka akan tempuhinya bersama.

Terima kasih Erma, kerana membuka langkah pertama untuk keluarga ini. Mungkin langkah kecil, tapi sangat besar maknanya di bulan Syawal yang mulia ini. Menyambung kembali silaturrahim, Ya Allah, semoga hidup diberkati, Erma. Kita hidup bukan menongkat langit, tetapi budi walau sekecil kuman Insya-Allah ada pengajarannya.

Salam Jumaat penghulu hari dan jumpa lagi!

Bila Badrul Bicara

Kredit Gambar: Instagram

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.