,
Hiburan

Bila Badrul Bicara: Menyelami Isi Hati Nouryl Dan Puteri Balqis

Badrul Hashim
30/11/2018
03:40 MYT
Saya mengenali Puteri Balqis dan keluarganya pada tahun 2014. Ketika itu kami sama-sama berniaga di Uptown Kota Damansara. Nouryl, ibu Puteri Balqis dan Azizi (suaminya ketika itu) berniaga pakaian. Saya dan beberapa orang rakan turut berniaga pakaian.
Bermula di situ perkenalan saya dan mereka. Saya melihat mereka seperti keluarga lainnya. Cuma mungkin waktu kerja yang sedikit berbeza. Berniaga malam hingga ke pagi dan rehat di siang hari manakala mungkin orang lain bekerja di siang hari dan berehat di waktu malam.
Namun saya kagum dengan keluarga mereka. Walaupun kehidupan malam dan siang menjadi terbalik, tetapi perkara-perkara lain tetap sama. Ketika itu Balqis atau mesranya Aqish baru berusia tujuh tahun, tetapi zaman kanak-kanaknya tidak jauh beza dengan kanak-kanak lain. Selain berniaga, Azizi turut menguruskan hal ehwal lakonan Aqish, manakala Nouryl pula adalah orang yang menemani Aqish di samping mengajar tentang skrip dan menjiwai lakonan.
Kenapa saya kagum? Kerana di Uptown itulah menjadi tempat permainan Aqish dan di situ jugalah tempat pembelajarannya. Setiap malam, Nouryl akan memastikan Aqish belajar pelbagai mata pelajaran. Daripada Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Malaysia, hinggalah mengaji Al-Quran. Habis belajar, baru boleh bermain dengan kawan-kawan yang juga merupakan anak-anak peniaga lain yang turut sama berniaga di Uptown itu.
Kali pertama kami bekerja sama adalah ketika saya menjadi Pengarah Seni untuk klip video Hafiz Suip berjodol 'Matahari'. Ketika itu Pengarah klip video tersebut turut memilih Aqish untuk berlakon dan menggambarannya diadakan di Kuching, Sarawak. Saban malam bertemu di Uptown dan kemudiannya dapat pula bekerjasama menjadikan kami semakin akrab. Malah, saya anggap mereka seperti keluarga sendiri.
Tapi begitulah kehidupan, ada turun naiknya. Saya dan rakan-rakan tidak lagi berniaga di Uptown dan selepas masing-masing membawa haluan sendiri, kesibukan juga menjadikan kami semakin kurang berhubung antara satu sama lain. Walaupun masih terus mengikuti perkembangan Aqish dari jauh, kami sendiri semakin jauh. Sehinggalah saya dikejutkan dengan berita Aqish dikatakan mengidap kanser.
Pantas saya hubungi teman-teman lama dan selepas berkumpul membuat satu group whatsapp, saya merancang bertemu Nouryl dan Aqish setelah sekian lama. Dari situlah satu persatu cerita mula keluar.
Lama juga saya menyimpan segala rahsia. Sehinggalah Nouryl menaikkan status di Instagram beliau dengan caption “I'm a single mother”. Ketika itu saya bertanyakan kepada beliau kenapa sekarang? Jawapannya mudah, “Saya sudah penat, bang”.
Lalu ketika pertemuan saya bersama Nouryl dan Aqish dua hari lepas terus saya cadangkan supaya kita ceritakan segala-galanya. Lepaskan semuanya! Kita tutup buku 2018 dengan temu bual ini supaya tidak ada lagi yang tertanya-tanya mahupun membuat andaian sendiri. Kita mulakan cerita hidup baru untuk tahun 2019 nanti.
Penceraian Nouryl dan Azizi membuatkan segalanya sukar. Dengan ibu yang sudah tua dan ahli keluarga lain yang mempunyai tanggungjawab sendiri, Nouryl dan Aqish cuba berdikari. Pelbagai kerja yang dilakukan oleh Nouryl. Dari bekerja mengangkat barang-barang di pasar, menjadi tukang cuci di rumah orang, membungkus makanan dan bermacam-macam lagi. Ada ketika beliau bekerja lebih 18 jam sehari untuk mencari wang perubatan untuk Aqish.
Sehingga kini, sudah setahun sebulan Aqish sakit, namun dengan pertolongan teman-teman rapat, doktor yang merawat, pelbagai usaha yang dibuat dengan rawatan hospital serta rawatan tradisional, Aqish beransur pulih dan sudah ada perubahan.
Saya bertanyakan soalan yang paling berat dan mungkin yang menjadi punca permulaan berita-berita tentang Aqish mengidap kanser tersebar luas iaitu satu hashtag #fightcancer yang dimuat naik pada sekeping gambar Aqish di Instagram.
“Ketika saya tulis hashtag tersebut, saya hanya memikirkan sesuatu yang buruk ketika itu. Bayangkan Aqish muntah darah, batuk berdarah dan bukan sedikit, jenis yang berketul-ketul. Simptom lain seperti kerap demam, pengsan dan lain-lain turut dialami oleh Aqish. Bukan tujuan mencari simpati, tetapi lebih kepada rasa terlalu lemahnya diri.
“Saya sebenarnya mahu memberikan semangat kepada diri saya, kepada ibu-ibu tunggal di luar sana yang mengalami nasib yang sama, supaya terus berusaha melawan dan mengubati anak-anak kita. Saya tidak menyangka ianya akan menjadi besar. Saya akui salah saya kerana tidak memperbetulkan kenyataan pihak media, tetapi di dalam fikiran saya ada perkara yang lebih penting untuk saya hadapkan iaitu Aqish.
“Banyak kali saya menafikan, tetapi hashtag itu seolah-olah dijadikan bahan rujukan dan seperti menjadi perkara yang benar. Atas nasihat kawan juga saya buang hashtag tersebut,” ujar Nouryl kesal.
Tidak ramai yang tahu betapa wanita ini terlalu menyayangi anaknya. Setiap kali Aqish batuk atau muntah berdarah, dikendong Aqish sambil berlari ke klinik, dan jaraknya bukan dekat. Ada ketika kudrat sudah tiada, panggil Grab atau ambulan yang tentunya memerlukan duit juga untuk dibayar. Besar sungguh pengorbanan seorang ibu walaupun sering dituduh dan ditomah dengan bermacam-macam fitnah.
“Abang tolong beritahu mereka jangan lagi kutip derma untuk kami,” rayunya.
“Bukan saya sombong, tetapi saya rasa sangat tidak selesa. Kalau mahu bantu beri sumbangan secara senyap, saya terima seikhlas hati. Bukannya saya tidak perlukan pertolongan, tapi biarlah saya minta tolong kawan-kawan rapat saya yang sudi membantu. Ada ketika saya kesempitan, saya akan pinjam dan bila dapat gaji, saya akan bayar balik tapi biarlah dengan kawan-kawan yang kenal hati budi antara kita. Saya masih ada kudrat untuk mencari rezeki halal untuk hidup kami dan rawatan Aqish. Saya tak akan berhenti berusaha,” jelas Nouryl merayu saya berkongsi apa yang dia rasa kepada semua.
Saya benar-benar berharap dengan perkongsian cerita dan video ini dapat menamatkan segala spekulasi, mahupun cerita yang bukan-bukan tentang mereka. Sama-samalah kita berdoa agar Puteri Balqis kembali sembuh dan tahun 2019 nanti bakal menjadi lebih baik buat kehidupan mereka berdua.
Jumpa lagi!
Bila Badrul Bicara.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Puteri Balqis Terkilan Ibu Dituduh Ambil Barang Terlarang, Fazura Tampil Titipkan Pesanan - “Jangan Sedap Menghukum Tanpa…”

gempak
28/10/2024
21:55 MYT
Pelakon Nur Fazura tampil memberi kata-kata semangat kepada aktres Puteri Balqis yang kesal dengan segelintir netizen melemparkan komen berbaur fitnah terhadap ibunya, Norashikin Mohd Aziz.
Hiburan

Puteri Balqis Titip Pesanan Buat Fatima, Ini Respons Fazura

gempak
15/10/2024
00:55 MYT
Perkongsian Puteri Balqis di Instagram yang menitipkan pesanan buat Fatima turut mendapat perhatian aktres Nur Fazura yang meninggalkan komen memberi respons kepada pelakon itu.
Hiburan

Bukan Untuk Fattah Amin & Fazura, Tapi Puteri Balqis Titip Pesanan Buat Fatima - “Kita Menderita Kerana Cinta, Maka…”

gempak
14/10/2024
03:55 MYT
Berbeza dengan orang lain, pelakon Puteri Balqis memilih untuk menitipkan pesanan dan nasihat buat anak perempuan pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya.
Hiburan

“Fasih Berbahasa Inggeris Bukan Sebab Bongkak Tapi Pendidikan” - Puteri Balqis

gempak
08/03/2024
02:44 MYT
Suka dengar Aqish bila cakap Bahasa Inggeris.
Laman Utama

Puteri Balqis Sedih, Mak Digelar Penagih, Pelacur! - "Saya Dipanggil Anj"ng, B*bi..."

gempak
18/11/2023
07:39 MYT
Sedih baca kisah Aqish ni.
Unitar