Hiburan

Bila Badrul Bicara: Oittt! Boleh Tak Ambil Contoh Selebriti Ni! Jangan Nak Menjaja Cerita Sangatlah!

gempak
Badrul Hashim
11/10/2019
05:30 MYT
Sponsor Banner
Bila Badrul Bicara: Oittt! Boleh Tak Ambil Contoh Selebriti Ni! Jangan Nak Menjaja Cerita Sangatlah!
Betul kata orang, ada masa kita cuba untuk faham, untuk 'berada' di tempat mereka, untuk cuba merasai apa yang mereka rasa. Tetapi ada sesetengah orang ni, fikiran mereka bercelaru sampai semua orang nak dijaja cerita!
Putus cinta, tak jadi nak kahwin dan sebagainya semua diroyankan di sosial media. Bukan sekadar aib sendiri yang dibuka, aib orang lain pun terpalit sama. Seolah-olah amat perlu untuk satu dunia tahu apa yang berlaku pada dirinya. Tapi mungkin itu juga tujuannya.
Saya selalu juga jumpa artis yang suka meroyan bila berjumpa depan-depan, tapi sekurang-kurangnya tidaklah menimbulkan suasana yang tidak manis kepada semua orang termasuk peminat dan pengikut di media sosial. Mereka sekadar meluahkan perasaan yang terpendam mahupun sedikit kemarahan.
Lagi pelik, saya tak berapa kenal pun nama selebriti ini. Katanya masih baharu dalam industri. Mungkin ini caranya untuk cepat popular kot. Tak payah perlu bekerja keras, tak payah pakai bakat yang ada dan tak payah melalui perit jerih mencapai impian. Cukup sekadar timbul cerita kontroversi dan hebahkan kepada semua. Maka ramailah yang menyerbu ke Instagram dan menjadi followers. Mudah bukan?
Belajar daripada selebriti-selebriti yang saya bagi contoh di atas. Sama ada Datuk Seri Siti Nurhaliza ke, Neelofa ke, Erra Fazira ke atau ramai lagi selebriti tempatan lainnya. Mereka tidak melatah dan membongkar cerita peribadi tidak tentu pasal.
Banyak sahaja kata-kata hinaan dan macam-macam lagi pernah dilontarkan kepada selebriti-selebriti ini. I'm sure it hurts them pretty bad as well. Tapi ada nampak mereka meroyan di sosial media sampai satu dunia dipersalahkan? Ada nampak saya sakit kepala? Ada nampak Mummy happy? Eh!
Nak tahu kenapa mereka tidak meroyan dan tidak cepat melatah? Kerana 'mahkota' yang mereka pakai adalah bakat mereka dan kilauannya terserlah tanpa perlu diheboh-hebohkan.
Nasihat saya, belajar berpada-pada. Apabila asyik cerita buruk dijaja oleh netizen sehingga mengaitkan pengamal media, orang sudah tidak nampak bakat yang ada. Dan yang terpalit itulah yang orang akan sentiasa ingat dan sentiasa diungkit.
Kalau betul nak terima nasihat, fokuslah sepenuhnya pada kerjaya. Cerita tak jadi kahwin, cerita nak jadi isteri nombor tiga nombor empat tu hanya untuk keluarga dan rakan terdekat sahaja. Tinggalkan drama untuk drama sahaja.
Percayalah, orang akan penat tengok dan sampai masa orang akan meluat. Lepas tu, mulalah salahkan netizen!
Salam Jumaat dan jumpa lagi!
Bila Badrul Bicara
Kredit Gambar: Google
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live