Hiburan

Bila Badrul Bicara: Penceraian, Cerai Tak Cerai, Bau Ikan Masin Dan Iklan. Pening? Sama Lah Kita!

gempak
Badrul Hashim
12/07/2019
06:30 MYT
Sponsor Banner
Bila Badrul Bicara: Penceraian, Cerai Tak Cerai, Bau Ikan Masin Dan Iklan. Pening? Sama Lah Kita!
Setiap kali baca berita penceraian selebriti, memang menyedihkan. Ya, mereka juga manusia biasa yang bercinta, berkasih sayang, berkahwin, bina keluarga dan apa jua seperti pasangan lainnya. Tiada beza kecuali mungkin apa yang terjadi dalam hidup mereka lebih menjadi perhatian.
Terbaru antara Fizo Omar dan Mawar Karim. Memang boleh dikatakan tak pernah dengar kisah mereka berantakan kecuali bermula sambutan hari raya berasingan tempoh hari. Baguslah jaga aib keluarga.
Dan terbaru pun, ketika mengeluarkan kenyataan, Fizo berkata penceraian mereka berpunca daripada kelemahan masing-masing. Tidak persalahkan orang ketiga, atau sesiapa sahaja. Mungkin yang rapat dengan mereka sahaja yang tahu apa terjadi. Kita yang melihat ni mungkin boleh mendoakan sahaja semoga masing-masing bahagia.
Kemudian kisah PU Abu pula. Mungkin saya pun tidak mahu menyentuh panjang soal ini. Kisah cerai, kahwin dan sekarang katanya diambang penceraian dengan isteri baru. Entahlah, masing-masing memberi kenyataan yang berbeza. Sang isteri kata sudah tidak tinggal sebumbung, manakala si suami pula kata sebaliknya.
Semoga mereka selesaikan masalah mereka dengan cara yang baik. Khabarnya isteri barunya itu juga sudah mengandung anak mereka ketika ini. Itu yang saya baca lah.
Di negara jiran, lain pula kisahnya apabila seorang pelakon Indonesia dibawwa ke muka pengadilan apabila bercerita kisah peribadi dan mengaibkan bekas isterinya secara umum.
Memang mengaibkan kalau memberitahu umum kemaluan bekas isterinya berbau seperti ikan masin. Akibatnya, pelakon Indonesia Galih Ginanjar itu bakal berdepan dengan hukuman penjara maksimum selama enam tahun.
Macam-macam hal!
Tapi ada satu yang saya macam tak boleh terima apabila seorang selebriti tempatan membuat review Instagram tentang satu produk untuk wanita. Ayat yang digunakan memang tidak masuk akal.
Kenapa saya kaitkan iklan ini dengan kisah penceraian selebriti? Entah, mungkin sebab ada kaitan dengan 'ikan masin'. Atau mungkin juga apabila kita gunakan pengaruh kita untuk mengiklan sesuatu yang saya rasa tidak benar.
Kenapa tidak benar? Kerana senarai panjang 'masalah' wanita yang dihadapi boleh diselesaikan dalam masa 1 hingga 3 hari sahaja! Bagaimana anda boleh iklankan perkara sebegini? Dengan ayat-ayat yang tidak masuk akal.
Saya tidak boleh terima, dan saya harap anda semua juga tidak boleh terima dan percaya pada perkara sebegini. Kalau ada masalah, jumpalah pakar sakit puan di hospital.
I don't know why am I talking about this?
Apa-apa pun, semoga apa yang terjadi pada keluarga yang bercerai berai, mereka diberi semangat dan dorongan untuk meneruskan hidup dengan baik. Mungkin bukan jodoh. Mungkin jodoh sementara, mungkin juga jodoh akan bersambung. Semuanya adalah kehendak Allah SWT.
Salam Jumaat dan jumpa lagi!
Bila Badrul Bicara
Kredit Gambar: Instagram
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live