Sejurus umat Islam menyambut bulan yang mulia, beberapa video lucah yang dikatakan mirip selebriti dan personaliti tanah air mula tersebar.

Ramadan tahun lalu, video yang dikatakan mirip pelakon terkenal Syafiq Kyle tersebar luas. Tahun ini, tiba-tiba video mirip pemain bola sepak terkenal Zaquan Adha pula muncul kembali.



Kalau sekitar November tahun lalu video mirip Zaquan yang hanya berseluar dalam dikongsi di media sosial, tapi kali ini lebih dasyat lagi.

Anak lelaki Rozita Che Wan juga pernah dikaitkan dengan video lucah. Walaupun bukannya dikongsi di bulan yang mulia, tetapi video miripnya juga tersebar luas di media sosial.



Juga video lucah yang dikatakan mirip Idris Khan dan Atikah Suhaimi. Sehingga kini masih lagi berlegar-legar di alam maya dan dikongsi melalui Whatsapp, Twitter dan pelbagai media sosial yang ada.



Pelakon filem Paskal, Ammar Alfian juga tidak terkecuali terjebak dalam kisah-kisah sebegini. Kalau mahu ikutkan sememangnya ramai lagi.



Berbalik kepada Zaquan, dalam satu kenyataan sebelum ini isterinya ada memberitahu bahawa video berkenaan merupakan kiriman peribadi antara dia dan suami, dan video lucah tersebut mula tersebar apabila dia menghantar telefonnya untuk dibaiki.

Fine! Kalau itu kata Ayu Raudhah, kita terima itu adalah video peribadi. Persoalannya, kenapa? Kenapa perlu ada video sebegitu untuk dikongsi antara suami dan isteri?



Andai kata berjauhan sekalipun kerana Zaquan mungkin terpaksa mengikuti skuad negara ke perlawanan antarabangsa di luar negara, kenapa perlu berkongsi video sebegitu? Adakah kita sudah terlalu kebaratan seperti artis-artis di luar sana yang tidak kisah mengambil video sebegitu?

Kalau alasannya rindu, tidak cukupkah dengan Facetime, video call dan sebagainya? Kalau 'teringin', tidak adakah sifat sabar untuk menunggu kerana bukannya berpisah hingga bertahun?



Tidak! Saya bukan bermaksud untuk mencari kesalahan dan sebagainya, tetapi saya rasa sebagai seorang selebriti ataupun orang biasa, perkara-perkara sebegini sepatutnya dielakkan langsung.

Bayangkan di zaman digital yang menggila ini, video-video tersebut tidak akan hilang begitu sahaja. Dan bayangkan pada suatu ketika nanti, anak-anak kita atau mungkin cucu-cucu kita melihat video-video tersebut. Apakah perasaan mereka dan apakah perasaan kita?



Ya, alasan telefon dicuri, telefon dibaiki dan sebagainya memang boleh digunakan, tapi apa alasan yang perlu diberikan untuk kenapa video tersebut dirakamkan in the first place?

Saya tidak berapa pandai tentang undang-undang tetapi bukankah menjadi kesalahan menyimpan gambar-gambar mahupun video-video lucah? Memanglah dalam dunia yang ideal, kita katakan tidak ada orang yang tengok pun.

Tapi saya rasa sejak mula zaman teknologi berkembang pesat, ramai yang ada a fair share of watching these type of videos, tapi kita membesar dan kita laluinya. Rasanya tak perlulah kita juga 'berlakon' sama di dalam video tersebut.



Harap sangat semoga artis, selebriti dan personaliti tanah air mampu mengelakkan diri dari merakamkan perkara-perkara lucah yang boleh menjatuhkan mereka sendiri suatu hari nanti. Apatah lagi memberikan contoh yang tidak baik kepada generasi-generasi baru.

Ini bukan soal Malaysia Baru dan sebagainya, ini soal harga diri. Mungkin sekarang tengah popular tetapi bak kata pepatah Inggeris, suatu hari nanti, it will come back and bite you in the ass!

Salam Ramadan dan jumpa lagi!

Bila Badrul Bicara

Kredit Gambar: Instagram

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.