Berita
Bila Badrul Bicara: Sembilan Sebab Kenapa Big Stage Rancangan Realiti Terbaik Asia
Ketika saya hadir ke konsert pertama Big Stage, saya tidak punya apa-apa expectation. Apatah lagi ini merupakan format rancangan yang baru dicipta. Tanpa harapan yang tinggi, saya fikir saya tidak akan dikecewakan.
Penonton yang hadir juga tidak sepenuhnya. Mungkin juga skeptikal dengan kisah 'Budak-Budak Baru Nak Up' yang banyak memenuhi ruang gossip. Tetapi semuanya berubah bila konsert pertama bermula tepat jam 9:00 malam.
Kini sudah masuk minggu terakhir pertandingan Big Stage. Sepanjang tujuh minggu ianya berlangsung, inilah yang berjaya saya kutip daripada rancangan tersebut, dan mengapa saya menganggap rancangan Big Stage ini merupakan rancangan realiti yang terbaik di Asia setakat ini.
1. Persiapan rapi pihak produksi.

Saya terpegun dengan susun atur pentas, malah kagum dengan permainan cahaya yang dipersembahkan. Penataan cahaya bukan setakat untuk mencantikkan pentas, tetapi juga menimbulkan rasa suspens kepada penonton. Setiap sudut digunakan sebaik mungkin, dan setiap detik cuba dipenuhi tanpa rasa bosan menanti. Persiapan yang saya anggap hampir sempurna dari pihak produksi dari segenap segi. Rasa bangga apabila kita mampu menghasilkan satu rancangan yang saya anggap bertaraf antarabangsa.
2. Juri tetap yang mempunyai kredibiliti tinggi.

Pemilihan penyanyi tersohor Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza adalah pilihan yang sangat tepat. Kredibiliti beliau memang tidak boleh disangkal. Teguran, nasihat dan pujian beliau lebih kepada seorang yang senior di dalam industri kepada penyanyi angkatan baru, dan tidak pernah menganggap mereka ini tidak ada apa-apa.
Faizal Tahir juga memberi nafas baru dalam memberikan pandangan, kritikan dan dorongan. Dapat dilihat beliau tidak pernah kering dengan ilmu untuk dikongsi dengan penyanyi-penyanyi baru ini. Satu perkembangan yang baik untuk industri seni negara kita.
3. Pengacara yang lit!

Pemilihan Sherry Alhadad dan Alif Satar sungguh tepat untuk rancangan Big Stage ini. Paduan mereka punya chemistry yang cukup hebat, malah mereka berdua ini sebenarnya membantu rancangan ini menjadi satu program realiti yang berprestij. Gaya keduanya bersahaja, tetapi melakukan homework dengan baik sekali. Kelakar Sherry tidak keterlaluan, malah sangat menghiburkan, dan formaliti Alif pula sangat santai dan bersahaja, menjadikan mereka paduan pengacara yang saling melengkapi.
4. Penari yang melengkapi.

Kalau sebelum ini, kita mungkin jarang memberikan perhatian kepada sekumpulan penari yang bertungkus lumus untuk mencantikkan persembahan artis. Kali ini saya rasa mereka bukan setakat penari, tetapi mereka adalah sekumpulan assemble yang melengkapkan persembahan penyanyi. Tanpa mereka, persembahan tampak kosong dan tidak bertenaga. Tahniah kepada barisan penari yang bertungkus lumus, serta choreographer, Hanafi Rosdi. Anda semua layak mendapat tepukan gemuruh.
5. Pemuzik yang hebat.

Ca'an & The Leman Band! Tidak, mereka buka baru! Tapi kali ini mereka 'terbang sendiri' dan iringan muzik mereka memang ada kelas! Tidak kira sama ada muziknya hanya diubah sedikit mahupun secara ketara. Rasanya kali pertama saya betul-betul menghayati muzik dengan baik dalam mana-mana pertandingan nyanyian.
6. Pemberian markah yang telus, juri tetap punya kuasa besar.

Menunjukkan markah juri dan kedudukan peserta adalah sesuatu yang sangat bagus dan telus. Bukan sahaja penonton dapat melihat penilaian juri kepada peserta, tetapi juga peserta dapat tahu setakat mana kemampuan mereka menarik perhatian juri dengan persembahan mereka. Malah, lebih hebat juri tetap juga mempunyai satu imuniti setiap seorang untuk menyelamatkan seorang peserta di bawah yang dirasakan masih layak untuk memperjuangkan nasib mereka. Di sini peranan juri tetap sangat penting dan sangat berkuasa.
7. persembahan juri jemputan.

Mungkin pernah dibuat, tetapi kali ini ianya sesuatu yang menjustifikasikan pemilihan mereka sebagai juri jemputan. Pemilihan setiap seorang daripada mereka juga saya rasa dilakukan dengan baik oleh pihak produksi untuk memastikan yang hadir turut relevan di dalam industri nyanyian tanah air. Mereka yang mempunyai pengalaman melalui onak duri untuk sampai ke tahap yang diterima sekarang mampu untuk relate kan diri mereka dengan para peserta.
8. undian penonton secara percuma melalui Tik Tok.

Phewwww! Tidak lagi bunyi tin kosong mahu kata Astro nak kutip duit! Nah, sekarang aplikasi Tik Tok percuma sahaja untuk anda sendiri mengundi peserta kesukaan anda. Aplikasi percuma ini membolehkan anda mengundi sekali untuk setiap peserta, maka tidak timbul soal seorang pengundi yang mengundi sejuta kali. Tapi tanggapan saya tetap sama juga kerana yang selalu bising jadi tin kosong adalah mereka yang tidak mengundi. 
9. sokongan padu dan penonton yang sporting.

Saya tabik dan salut dengan sokongan penonton yang datang membanjiri dewan setiap minggu. Mereka ini adalah tulang belakang rancangan Big Stage kerana tepukan dan jeritan mereka bukan sahaja memberi semangat kepada para peserta, tetapi juga pemuzik, penari, malahan pihak produksi. Setiap kali habis persembahan, bergegar dewan dengan tepukan gemuruh para hadirin. Saya harap para peserta sentiasa memberikan layanan yang baik kepada mereka yang hadir ini kerana walaupun sudah tamat rancangan, mereka masih menunggu peluang untuk bergambar dengan artis-artis kegemaran masing-masing. Sokongan mereka ini sangat bermakna untuk industri kita.

Itulah yang dapat saya rumuskan selepas menonton tujuh konsert mingguan. Sekarang kita menuju ke minggu final dan semoga semuanya berjalan dengan lancar. Kepada pihak produksi, tahniah saya ucapkan. Mungkin bila ada post-mortem rancangan nanti, ada perkara-perkara kecil yang mampu di perbaiki, contohnya, mungkin untuk musim yang kedua, Big Stage sudah layak dibuat di dewan atau stadium yang lebih besar!
Jumpa lagi!
Bila Badrul Bicara
Must-Watch Video