“Bila Berdua Dengan Ali, Satu Jam Pun Saya Dah Terlentang” – Saharul Ridzwan
Mya Amri
17/01/2019 10:50 MYT
17/01/2019 10:50 MYT
Pelakon Saharul Ridzwan berkongsi pengalaman manis membawa isteri dan anak lelakinya, Muhammad Luth Ali, 18 bulan ketika mengerjakan umrah Disember lalu.
Menurut Saharul, pengalaman itu tidak akan dilupakan lebih-lebih lagi apabila dia perlu menjaga anaknya secara bergilir-gilir dengan isteri, Qaabila Deena Emir.
“Bawa anak ini memang satu cabaran, bukan susah cuma kita perlu ikut waktu dia. Perkara sebegini juga mengajar saya betapa payahnya seorang ibu nak menjaga anak.
“Kami jaga bergilir-gilir tapi bila tiba waktu saya dengan Ali berdua… Ya Allah payahnya, bagi masa satu jam pun saya dah cukup terlentang saya.
“Baru kita faham betapa cukup payahnya nak membesarkan anak. Tak mudah, yang nampak dekat Instagram itu sekejap sahaja.
“Yang gembira-gembira itu lima minit sahaja selebihnya memang terbaring anak,” katanya berseloroh.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Foto: Instagram @saharulridzwan