Hiburan
"Bila Berjumpa Dengan Yang Sesuai..." - Respon Rossa Bila Ditanya Soal Jodoh
Penyanyi terkenal Indonesia, Rossa akui banyak ditanya soal menamatkan zaman solo ketika sambutan hari lahirnya baru-baru ini.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan wargamaya.
Menurut Rossa, dia ingin mencari calon pasangan yang lebih baik dari dirinya dan sentiasa membuatkan dirinya berasa tenang.
"Pertanyaan terbanyak ketika hari lahir saya, bila mahu berkahwin? Mahu cari yang bagaimana?
"Jawab saya, ingin mencari yang lebih baik dari diri saya, yang membuat diri berasa tenang, dan membuatkan saya lebih dekat dengan-Nya.
"Bila? Ketika saya menemui seorang yang sesuai, dan semoga Allah menjodohkan saya dengannya," tulis Rossa sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut penyanyi lagu Pudar ini meninggalkan respon positif, ada juga yang masih mengucapkan selamat hari lahir buatnya.
Rabu lalu, teman rapat Rossa, Afgan juga telah menulis ucapan istimewa buatnya di laman Instagram.
Dua penyanyi popular ini sering dikaitkan dengan gosip bercinta, namun mereka tidak pernah tampil memberi sebarang kenyataan berhubung perkara itu.
Must-Watch Video