Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Bila ‘Budak Kampung’ Diberi Tugasan” - Nurul Zahid Panjat Doa Untuk Zahid Hamidi Ketika Bantu Mangsa Banjir

Izwan Isa
20/12/2022 22:50 MYT
Sejak hujung minggu lalu, banyak kawasan di beberapa buah negeri di sebelah Pantai Timur Semenanjung Malaysia dinaiki air.

Musim tengkujuh yang diibaratkan sebagai antara yang paling teruk ini telah mengorbankan banyak nyawa, selain kerugian harta benda milik orang awam.

Justeru, tidak hairan jika pihak atasan yang terlibat turut sama ‘turun padang’ dan meninjau keadaan semasa, selain membantu mereka yang terlibat.

Hal serupa dapat disaksikan menerusi kemas kini di platform media sosial Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.


Menerusi Facebook, Zahid Hamidi dilihat meninjau kawasan yang dinaiki air di sekitar Terengganu.

“Sejurus selepas sesi sidang Dewan Rakyat pagi tadi (semalam), saya bergegas ke Terengganu bagi melihat keadaan keadaan banjir yang semakin membimbangkan khususnya di negeri-negeri Pantai Timur. Keadaan ini berlaku setelah hujan lebat berterusan dan taburan hujan seperti di Daerah Besut ini meningkat 3 kali ganda daripada taburan hujan biasa akibat luruan kedua Monsun Timur Laut.

“Di Terengganu sahaja, lebih 39,721 mangsa banjir dikenalpasti dan 318 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka melibatkan sekurang-kurangnya 10,800 keluarga. Bagi menyelesaikan isu logistik yang melibatkan gerak kerja membantu mangsa dan penghantaran barang keperluan di lokasi, saya telah meminta pihak Angkatan Tentera Malaysia melalui Menteri Pertahanan untuk memobilisasikan aset-aset yang tidak terlibat dengan banjir untuk ditempatkan di kawasan yang sedang dilanda banjir seperti di kawasan Pantai Timur ini.

“Saya juga sekali lagi ingin memohon seluruh rakyat Malaysia yang berada di kawasan yang terdedah dengan bencana banjir agar dapat mengikut arahan pihak berkuasa tempatan dan berpindahlah sekiranya perlu,” katanya.

Menurut beliau, negeri Terengganu masih dalam kategori bahaya mengikut Amaran Hujan Berterusan MET Malaysia dan sebarang kemungkinan masih boleh berlaku.

“Agensi-Agensi menyelamat telah diarah untuk melaksanakan pemindahan awal ke PPS berdasarkan Amaran METMalaysia bagi mengelakkan kes-kes mangsa terperangkap di rumah berikutan kesukaran petugas untuk memasuki lokasi akibat terputus hubungan, air yang deras dan sebagainya.

“Semoga urusan kita semua dipermudahkan dan keadaan banjir beransur lebih baik,” tulisnya.

Dalam sibuk menjalankan tugas, anak Zahid Hamidi, Nurul Hidayah Ahmad Zahid sempat meluahkan rasa dan berdoa agar bapanya sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

A post shared by Nurulhidayah Ahmad Zahid (@nurul.zahid)


“Bila 'budak kampung' diberi tugasan dia akan menggalas tanggungjawab itu dengan penuh kebahagiaan. Semoga sentiasa dalam lindungan dan peliharaan Allah yang Maha Baik. Aamin,” katanya.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
#Banjir #Terengganu #Nurul Hidayah Zahid Hamidi #Datuk Seri Dr Zahid Hamidi
;