Laman Utama

“Bila Cakap Pasal Struggle Ibu Tunggal, Saya Akan Menangis…”- Farah Lee Akui Penat

gempak
Syafiqah Jalal
16/04/2021
04:56 MYT
Sponsor Banner
“Bila Cakap Pasal Struggle Ibu Tunggal, Saya Akan Menangis…”- Farah Lee Akui Penat
Instafamous, Farah Lee dedah bukan mudah menjadi ibu tunggal yang membesarkan anaknya sendiri.
Menurut Farah yang juga bekas isteri kepada pengacara Ally Iskandar itu, dia akui penat dari segi emosi dan mentalnya.
“Kanak-kanak yang membesar dengan ibu atau bapa tunggal biasanya sering mempunyai perasaan yang bercampur baur dan emosinya terganggu.
“Jadi membesarkan mereka akan sedikit sukar, terutama apabila kamu sendiri. Dan mereka amat memerlukan kita.
“Biasanya bila cakap pasal struggle single-parenting, saya akan menangis, sebab penat, penat emosi.
“Penat bila usaha kita untuk menyokong emosi dan mental Maream itu hanya berlaku satu hala sahaja,” katanya.
Farah meluahkan perasaannya di akaun Instagram mililknya.
Menerusi luahan itu dia akui anaknya Maream Esabel, 7, terlalu bergantung kepadanya dan dalam masa yang sama dia kini sedang sibuk dengan urusan kerja.
Justeru, Farah tidak bergantung kepada sesiapa dan hanya mengharap Allah sebagai tempat bersandar.
“So I have to keep reminding myself to not to put anyone in the equation. Sebab bila ada expectation kepada manusia, kita akan kecewa. Jadi Allah adalah sebaik-baik tempat bersandar,” jelasnya.
Farah dan Ally berpisah pada 17 Ogos 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel yang berusia tujuh tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live