“Bila Daddy Tahu Saya Hamilkan Awak, Dia Tanam...” - Lisa Surihani
Syafiqah Jalal
05/03/2020 07:34 MYT
05/03/2020 07:34 MYT
Pelakon Lisa Surihani mendedahkan suaminya, Yusry Abdul Halim telah menanam sebatang pokok ketika mendapat tahu dia hamilkan anak pertama mereka, Yahaira Leanne.
Kini selepas anaknya itu berusia lima tahun, Lisa menunjukkan pokok tersebut telah membesar dengan subur.
“Bila bapa awak tahu saya hamilkan awak, Yong (panggilan untuk Yahaira). Dia telah menanam pokok dan namakannya dengan The Yahaira Tree.
“Ia membesar dengan indah. Masya-Allah dan Alhamdulilah...,” katanya.
Lisa berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu Lisa memuat naik foto yang menunjukkan pokok tersebut di halaman rumahnya.
Rata-rata kagum melihat pokok tersebut membesar dengan subur dan cantik.
Malah ada yang mencadangkan supaya mereka membuat rumah kecil di atas pokok itu.
Lisa da Yusry mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya.
Pasangan ini turut mempunyai seorang lagi anak Yusof Leonne berusia tiga tahun.