“Bila Dah Bersalin Nanti Mesti Rindu…”- Hamil 9 Bulan, Bella Astilah Timang Anak Kedua Tak Lama Lagi

Syafiqah Jalal
Jun 30, 2020 06:24 MYT
Pelakon dan penyanyi Bella Astilah akui bakal merindui tempoh kehamilan selepas melahirkan anak keduanya yang dijangka bersalin tidak lama lagi.

Menurut Bella yang hamil 37 minggu itu, ia merupakan momen yang sangat berharga buatnya.

“Selesai buat pemeriksaan kehamilan.

“Bila saya sudah bersalin nanti, saya pasti akan merindui tempoh kehamilan ini.

“Rasai sendiri tendangan bayi dan rasa kehangatan dia bermain di dalam perut ini rasa ia sangat berharga.

“37 minggu hamil dan bila-bila masa sahaja dari sekarang,” katanya.

Isteri kepada Aliff Aziz itu berkongsi rasa gembira itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama baby bump di hadapan hospital.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan proses kehamilan dan bersalinnya nanti dipermudahkan.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden yang kini berusia empat tahun.

Namun rumah tangga pasangan ini pernah dilanda badai dan sah bercerai pada Mei 2019 tetapi rujuk kembali dalam tempoh iddah.

#Anak #Hamil #Hamil #Bella Astilah