Hiburan

"Bila Dah Berumah Tangga Makin Hilang Perasaan .." - Fitri Haris

gempak
Zulaikha Yusof
25/02/2020
11:49 MYT
Sponsor Banner
"Bila Dah Berumah Tangga Makin Hilang Perasaan .." - Fitri Haris
Juara program realiti Gema Gegar Vaganza musim kedua (GGV2), Fitri Haris menyatakan kehidupannya lebih bahagia selepas menamatkan zaman duda pada tahun lalu.
Kata Fitri, pengurusan jadualnya lebih mudah dan terjaga memandangkan Fazilah Omar adalah isteri merangkap pengurusnya.
"Kehidupan alhamdulillah saya seronok, bahagia. Saya ada anak seorang, isteri saya pun ada seorang jadi lengkap la keluarga kami.
"Tambahan lagi, isteri saya adalah pengurus saya. Jadi dia yang menguruskan segala jadual saya, memang sangat memudahkan," katanya kepada HLive.
Dalam pada itu, Fitri akui perasaan trauma dalam perkahwinan masih ada cuma makin lama makin hilang.
"Trauma ni boleh datang dalam pelbagai sebab memandangkan kehidupan kita penuh dengan digital. Ia masih ada tapi 'on off' la.
"Bila dah berumah tangga makin hilang perasaan itu walaupun perlahan-lahan. Kalau saya tahu macam ni dah lama kahwin," katanya sambil berseloroh.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live