Pengarah drama popular Shahrulezad Mohameddin meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir pelakon yang mula lupa diri apabila sudah berjaya.

Kata Shahrulezad, dia lebih terkilan apabila pelakon yang dahulunya pernah dididiknya kini sudah bersikap diva dan meletakkan harga tinggi.

"Sepanjang berpuluh tahun abam terbitkan drama dan mengarah. Dah berpuluh artis abam lahirkan. Ada yg famous ada yg suam suam kuku.

"Ada yang mula-mula berlakon dulu satu hapah pun tak der. Sampai baju pun abam kena sediakan. Skill lakonan ke laut dalam. Mengharapkan abam mengajar mereka.

"Tapi bila dah meletop pandang abam balik pun tidak. Ada yang sesetengahnya siap demand balik kat abam mendabik dada itulah rate mereka di pasaran semasa.

"Sehingga mereka terlupa dengan abam lah mula mula mereka merangkak meminta peluang untuk masuk dalam industry ni," katanya.

Namun, perkara itu bukanlah tiket untuk pengarah drama Nur itu mengungkit kisah lampau.

"Hakikatnya abam tak leh lah merungut. Itu rezeki mereka. Abam sendiri pun personally Memang dah set dalam kepala yang abam tak boleh terlalu mengharap mereka membalas 'jasa' abam.

"Macam kita besarkan anak anak kita lah. Kita tak boleh mengharapkan anak anak kita membalas jasa kita bila mereka besar.

"Cuma kadang kadang hati tua abam ni sedikit terusik dengan layanan segelintir mereka yg 'kerek' ni dengan abam. Bukan semua yer.

"Cuma segelintir ajer. Rata rata ramai yg berbudi bahasa mengenang jasa," tambahnya.

Sepanjang berpuluh tahun abam terbitkan drama dan mengarah. Dah berpuluh artis abam lahirkan. Ada yg famous ada yg suam suam kuku. Ada yg mula mula berlakon dulu satu hapah pun tak der. Sampai baju pun abam kena sediakan. Skill lakonan ke laut dalam. Mengharapkan abam mengajar mereka. Tapi bila dah meletop pandang abam balik pun tidak. Ada yg sesetengahnya siap demand balik kat abam mendabik dada itulah rate mereka di pasaran semasa. Sehingga mereka terlupa dengan abam lah mula mula mereka merangkak meminta peluang untuk masuk dalam industry ni. Hakikatnya abam tak leh lah merungut. Itu rezeki mereka. Abam sendiri pun personally Memang dah set dalam kepala yg abam tak boleh terlalu mengharap mereka membalas 'jasa' abam. Macam kita besarkan anak anak kita lah. Kita tak boleh mengharapkan anak anak kita membalas jasa kita bila mereka besar. Cuma kadang kadang hati tua abam ni sedikit terusik dengan layanan segelintir mereka yg 'kerek' ni dengan abam. Bukan semua yer. Cuma segelintir ajer. Rata rata ramai yg berbudi bahasa mengenang jasa. Anyway idea songsang ni muncul bila lately ni makin kerap abam dihampiri bakat bakat baru yg mengharap untuk berlakon di bawah abam dengan harapan abam menjadikan mereka popular dan dikenali. Mereka tanpa segan silu berkata ' abam dah berjaya popularkan sesetengah pelakon' dan mereka mahukan peluang yg sama. Kalau korang di tempat abam apa yg korang rasa? Sinis tak dengan situasi ini?

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat) on


Terdahulu Shahrulezad meluahkan hasrat untuk mengenakan bayaran untuk pelakon yang ingin berlakon di bawah arahannya.

"Idea songsang ni muncul bila lately ni makin kerap abam dihampiri bakat bakat baru yang mengharap untuk berlakon di bawah abam dengan harapan abam menjadikan mereka popular dan dikenali.

"Mereka tanpa segan silu berkata 'abam dah berjaya popularkan sesetengah pelakon' dan mereka mahukan peluang yang sama," ujar Shahrulezad lagi.