Laman Utama

“Bila Dah Sampai Tiga Kali Maknanya…” Tikam Belakang? Fahrin Ahmad Nasihat Pilih Kawan Yang Betul

gempak
Mya Amri
06/12/2021
13:00 MYT
Sponsor Banner
“Bila Dah Sampai Tiga Kali Maknanya…” Tikam Belakang? Fahrin Ahmad Nasihat Pilih Kawan Yang Betul
Pelakon drama Gempak Original Siri berjudul Tikam, Fahrin Ahmad menasihatkan berhati-hati memilih sahabat.
Menurut Fahrin, pengalaman pahit yang dialami oleh setiap orang berkaitan dengan hubungan persabahatan sudah cukup untuk menilai sama ada mereka ikhlas berkawan atau pun tidak.
“Nama pun kawan, kita bukan nama musuh. Bila kawan, kawan mesti buat kita happy. Jadi sampai bila kita ada kawan macam eh dia tikam aku belakang, itu bukan kawan.
“Itu bukannya kawan. Jadi nasihat saya dalam hidup, mesti setiap orang ada pengalaman masing-masing.
“Seperkara ialah setiap pengalaman itu adalah pembelajaran untuk kita. Maknanya bila kita dah buat sekali itu pelajaran, dua kali itu pengalaman.
“Tapi kalau dah tiga kali maknanya kita ni suka sangat pilih kawan yang salah. Jadi beringat sendiri, jauhkan daripada kawan-kawan macam tu,” katanya.
Jangan lupa saksikan Tikam, setiap Rabu jam 9.30 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksible, Tikam juga boleh distrim menerusi portal Gempak, Aplikasi Astro Go dan On Demand.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live