Tugas seorang ibu jauh lagi berat daripada sebarang pekerjaan di dunia ini. Tanyalah mana-mana wanita yang bergelar ibu. Apatah lagi kalau ibu tersebut juga ada kerjaya mereka sendiri.

Dalam satu entri di Instagramnya, Lana Nodin bercerita betapa 'sukar' untuk mendapatkan saat tenang walaupun sekejap kerana kesibukan tugas seorang ibu.

"Bile anak dah tido... Baru la ada masa untuk diri sendiri walaupun tak dapat lama tapi boleh la dari tak dapat langsung.

MMDG&W❤️ bile anak dah tido... Baru la ada masa utk diri sendiri walaupun tak dapat lama tapi boleh la dari tak dapat langsung... Angkat tangan ?‍♀️ siapa yang selalu dalam keadaan macam ni jugak.. Struggle nak bagi anak tido bile dapat semua askar tido baru la tenang sikit walaupun sekejap je ni amannya.... #motherhood #sayapun #tenang #mybudaks #myfamily #mynyawa #preciousmoments #qualitytime #lanadavidmckienzie #mckienzieclan

A post shared by Lana Nodin❤️David Mckienzie (@lananodinmckienzie) on


"Angkat tangan siapa yang selalu dalam keadaan macam ni jugak. Struggle nak bagi anak tido bile dapat semua askar tido baru la tenang sikit walaupun sekejap je ni amannya," tulis Lana di entri Instagramnya.

Lana Nodin yang berkahwin dengan Mohd Daud Mckienzie dikurniakan dua orang cahaya mata, Gia Quinn McKienzie dan William Daud McKienzie.

Kredit Gambar: Instagram