Aktres jelita Lisa Surihani mendedahkan pelakon Heliza Helmi serta adik perempuannya, Hazwani adalah idola kepada dirinya.

Jelas Lisa dia terpegun mendengar suara adik-beradik ini melantunkan suara mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran.

"Ya Allah Ya Rabb, inspirasi-inspirasi ku! My favourite sisters!! I idolise them. Terima kasih sangat sangat untuk video ini.

"Siapa mcm saya ni.. Sangat sangat kagum dengan bakat harmonising mereka?

"Bila dengar mereka membaca Al-Quran dengan merdu dan jelas, terang makhrajnya, secara tak langsung memberikan kami inspirasi utk memperbaiki bacaan kami juga.

"Thank you my dears, syukur alhamdulillah sangat beautiful inside out insan insan ini," tulisnya.

Pelakon filem Istanbul Aku Datang itu turut berkongsi sikap Heliza dan Hazwani yang sentiasa positif malah tidak pernah kedekut ilmu.

"Selalu positif, tidak lokek ilmu, menggalakkan kami utk mencari keredhaan Allah swt, tanpa ada sifat judgmental, malah sangat humble @nurhelizahelmi @hazwanihelmi I love you both so much," tulisnya lagi.

Rakaman video yang dimuat naik di Instagram (IG) miliknya itu telah menarik perhatian Heliza untuk meninggalkan komen.

"Wallahi beliau seorang yang sangat sangat merendah diri, mencintai ilmu, nak sentiasa beramal dengan ilmu, pure heart, akhlak mulia, penuh dengan kasih sayang, penuh dengan kata-kata yang baik, suka mendoakan kebahagiaan orang lain, dan banyak lagi kebaikanmu Lisa.

"Syukur dapat kenal dengan mu. Moga Allah pelihara persahabatan kita dunia dan akhirat. Amin," balasnya.

Ya Allah Ya Rabb, inspirasi-inspirasi ku! My favourite sisters!! I idolise them. Terima kasih sgt sgt utk video ini. ? siapa mcm saya ni.. sgt sgt kagum dgn bakat harmonising mereka? Bila dngar mereka membaca Al-Quran dengan merdu dan jelas, terang makhrajnya, secara tak langsung memberikan kami inspirasi utk memperbaiki bacaan kami juga. Thank you my dears, syukur Alhamdulillah sgt beautiful inside out insan insan ini. Selalu positif, tidak lokek ilmu, menggalakkan kami utk mencari keredhaan Allah swt, tanpa ada sifat judgmental, malah sgt humble @nurhelizahelmi @hazwanihelmi I love you both so much. ❤️ :’)

A post shared by Lisa Surihani Mohamed ? (@lisasurihani) on


Dalam perkembangan terkini, Lisa merupakan salah seorang juri tetap dalam Maharaja Lawak Mega (MLM 2019).

Selain Lisa, MLM 2019 turut menampilkan Najip Ali, Inul Daratista dan Datuk Jamal Abdillah sebagai juri dan pengkritik tetap.

MLM2019 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.

Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega

2.Undian SMS: Taip MLNAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega.