Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Bila Dia Nak Masuk Hospital Sakit Mental Ni” - Zynakal Diserang Netizen, Ungkit Kisah Silam?

Hanafis Haris 02/02/2021 | 03:50 MYT

Penyanyi muda, Zynakal sekali lagi menjadi mangsa serangan netizen apabila ada pihak yang cuba mengaitkannya dengan isu kesihatan mental.

Perkara itu dikongsi penyanyi Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli, 22, menerusi posting terbaharu di Instagramnya.

Menerusi posting tersebut, Zynakal memuat naik gambar tangkap layar menunjukkan komen tidak menyenangkan oleh seorang individu.

“Kau tak tahu perangai dia ni sekejap tak, ini nasib dia belum maki lagi.

“Bila dia ni nak masuk hospital sakit mental, teruk sangat dia ni.

“Suara dia masa Anugerah Juara Lagu (AJL) tak keluar, penat Yonnie Boy backup lagu tu. Kata lelaki tapi suara kecil, aku rasa suara beruk kuat lagi,” kata individu tersebut.

Susulan tuduhan tersebut, Zynakal kemudian menjelaskan dia hanya mahu menjadi manusia biasa.

“Aku tak minta untuk jadi begini, cuma pinta jadi manusia biasa.

“Terima kasih untuk kata-kata. Hanya doa untuk kita semua agar hati terbuka dan berlapang dada,” katanya.

Posting tersebut kemudian mendapat perhatian ramai rakan artis yang tampil memberi kata-kata semangat dan nasihat.

Antara yang kelihatan termasuklah Alif Satar, Indah Ruhaila, Sarah Suhairi dan ramai lagi.

Untuk rekod, Zynakal pernah mencetuskan kontroversi apabila mencekik seorang pekerja stesen minyak dan menghalang tugas anggota polis.

Akibat tindakannya itu, dia telah didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret Ampang Kuala Lumpur.

Susulan daripada itu juga, Zynakal dihantar untuk mendapatkan rawatan di wad psikiatri Hospital Kuala Lumpur.

Penyanyi itu juga disahkan menghidapi penyakit bipolar mania iaitu salah satu penyakit gangguan mental.

BACA: Penyakit Bipolar Mania Berpunca Daripada Pengaruh Dadah & Kecaman Netizen? Ini Penjelasan Zynakal!

#Viral #Sakit #Netizen #Zynakal
;