Hiburan

“Bila Dia Tak Nak Ikut Arahan…”- Riuh Bila Aafiyah Shooting Dengan Siti Nurhaliza

gempak
Syafiqah Jalal
28/08/2020
11:55 MYT
Sponsor Banner
“Bila Dia Tak Nak Ikut Arahan…”- Riuh Bila Aafiyah Shooting Dengan Siti Nurhaliza
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi pengalaman lucu ketika menjalani penggambaran bersama anaknya, Siti Aaafiyah.
Menurut Siti, seluruh kru jadi kecoh bila Aafiyah tidak mahu mengikuti arahan yang sepatutnya.
“Bila Aafiyah cheeky tak nak ikut Arahan. Last shoot pula tu, lain semua perfect! Hahahaha
“Dia boleh gelakkan kita pula, kecoh satu kampung,” katanya.
Siti berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri terbabit, Siti memuat naik rakaman video yang menunjukkan gelagat Aafiyah ketika ‘buat hal’.
Difahamkan, ketika itu mereka sedang merakamkan muzik video lagu terbaharunya berjudul Kuasa Cintamu.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang mana rata-rata terhibur dengan gelagat Aafiyah.
“Hahahaha ada jer telatah Aafiyah yang mana mencuit hati
“Hahhahahaa. Macam aafiyah masuk sukaneka pula rasenye...
“Lucu lah Aafiyah,” antara komen-komen pengikutnya.
Kuasa Cintamu merupakan lagu yang dimuatkan dalam album terbarunya, ManifestaSiti2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live