"Bila I Mula Hijrah, Sheila Rusly Adalah..." - Azza Elite

Asraf Aided
Disember 20, 2018 10:42 MYT
Anggota kumpulan Elite dan peserta program Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Azza mendedahkan selebriti dan pengarah popular, Sheila Rusly merupakan antara orang terawal yang menyokong proses penghijrahannya.
Menurut Azza, Sheila telah banyak menghadiahkan tudung ketika dia mula-mula berhijrah.
Perkara itu didedahkan oleh Azza menerusi sebuah komen yang ditinggalkan di entri hasil kongsian Sheila di akaun Instagramnya.
"Sheila adalah manusia yang hatinya baik, walaupun saya takut dan segan-segan dengannya.
"Bila saya mula-mula hijrah, Sheila Rusly adalah orang pertama yang menghadiahkan banyak tudung, berkotak-kotak siap suruh saya pilih.
"Sebab itu ramai orang sayang Sheila," tulisnya di ruangan komen tersebut.
Kemunculan Elite adalah antara yang dinanti-nantikan oleh peminat mereka pada permulaan GV5, namun, perjalanan mereka telah terhenti apabila mereka tersingkir di konsert ketiga program tersebut.
#Sheila Rusly #Azza