Drama, drama, drama! Itulah yang boleh dikatakan tentang episod empat Gossip Girl Indonesia yang ditayangkan malam semalam.

Jika sebelum ini penonton ‘dijamukan’ dengan pengakhiran yang ceria dan gembira untuk episod tiga, namun kali ini drama ‘perang’ antara Serena dan Blair kembali tercetus.

Semuanya gara-gara Serena yang dikatakan ‘merampas’ tugas model Blair untuk menggayakan koleksi fesyen terbaru ibunya.

Tidak cukup dengan itu, Blair turut menganggap Serena seorang ‘kaki sailang’ dalam segala hal berkaitan dengan dirinya. Ouch!

Namun, apa yang pasti kisah percintaan Serena bersama Danny nampak gayanya berjalan lancar biarpun ditentang oleh Blair.

Adakah mungkin penonton bakal saksikan kedua-dua mereka ‘dating’ buat pertama kalinya?

Anda boleh tonton episod empat secara On Demand di Astro Go jika terlepas tayangan malam semalam.

Untuk makluman, Gossip Girl Indonesia membawakan cerita tentang remaja dari keluarga golongan sosialit, Serena Darsono yang bersahabat baik dengan Denny Hakim, Jenny Hakim, Blair Hadiningrat, Vanessa, Nathaniel Siregar, dan Chicco Salim. Serena merupakan gadis popular di sekolahnya dan telah menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Sejak itu, sahabat baik Serena iaitu Blair telah mengambil tempat Serena. Apabila Serena kembali, kedua-dua mereka dilihat baik, namun hakikatnya tidak dan tercetus persengketaan. Dalam pada itu, gerak-geri mereka telah diawasi oleh akaun Instagram terkenal @GossipGirl.Indo.