Memang comel dan ada sedikit imbasan kenangan lama apabila promo Gerak Khas 2019 mula dikongsi pelakon di Instagram masing-masing.

Yang menariknya, adalah bahagian awal promo tersebut apabila Abby diperkenalkan kembali sebagai Inspektor Aleza oleh Dato Yusof Haslam.

Jangan lupa korang,#GerakKhas2019 musim baru Episod 1 #SelamatKembaliAleza start dari Jumaat ni (8/3/2019) jam 8.30pm di @tv2_rtm ! . . @Regrann from @gerakkhas_official - Selamat Kembali Aleza! Bila kenangan lalu mengusik jiwa.. #gerakkhas2019 #gerakkhas #gktroll

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on


"Pi mai pi mai tang tu jugak," usik Dato Yusof Haslam.

Abby Abadi turut berkongsi cerita sebenar di sebalik editing yang dibuat pada awal promo tersebut.

"Tak boleh blah. Rajin editor troll ek.

"Kalau nak tahu masa shoot scene ni, Norman dengan Dato Yusof Haslam takde pun depan mata saya. Blank shot.

"Crew yang tolong stand in. Bila edit jadi gini ek scene ni? Kikiki," seloroh Abby.

Gerak Khas merupakan drama rantaian tentang kepolisan yang bermula sejak tahun 1999 dan pernah mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records sebagai 'Siri Drama Yang Paling Lama Bersiaran'.

Kredit Gambar: Instagram