Laman Utama

“Bila Lah Turn Kita Nak Tarik Beg Luggage” - Ramai Cemburu Pelancong Dah Mula Masuk Phuket!

gempak
Hanafis Haris
01/07/2021
15:55 MYT
Sponsor Banner
“Bila Lah Turn Kita Nak Tarik Beg Luggage” - Ramai Cemburu Pelancong Dah Mula Masuk Phuket!

Sejak semalam, tular beberapa gambar memaparkan kegembiraan pelancong dari beberapa negara tiba di Pulau peranginan terkenal Thailand, Phuket.

Selepas lebih setahun ditutup ekoran pandemik Covid-19, Phuket akhirnya dibuka kepada pelancong asing.

Difahamkan, pelancong yang masuk ke Phuket tidak perlu lagi menjalani kuarantin sekiranya mereka sudah mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 lengkap.

Suntikan itu perlu lah sekurang-kurangnya dalam tempoh 14 hari dan hasil ujian saringan wajib negatif ketika tiba di negara ini.

Presiden Persatuan Pelancongan Thailand, Bhummikitti Ruktaengam berkata, pelancong perlu menunggu keputusan ujian saringan di dalam bilik hotel dan sekiranya negatif, mereka bebas bergerak di seluruh Phuket.

“Jika mereka ingin mengunjungi bahagian lain di Thailand, mereka perlu duduk di Phuket sekurang-kurangnya 14 hari terlebih dahulu,” katanya.

Sementara itu menerusi pemantauan Gempak di beberapa platform media sosial, netizen Malaysia dilihat agak sedih apabila tidak dapat menyertai pelancong negara lain ke Phuket.

“Bestnya tarik beg luggage bercuti, lama tak merasa”

“Bila lah Malaysia nak kurang kes ni, aku dah rindu nak travel, travel dalam negara pun jadilah,” tulis beberapa netizen.

Difahamkan, Phuket menjadi wilayah pertama di Thailand yang menerima kunjungan pelancong asing tanpa keperluan kuarantin.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024